Unit Perubatan Forensik

PENGENALAN

Unit Perubatan Forensik adalah sebahagian daripada cabang skop perkhidmatan Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Kota Marudu. Seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 telah dilantik sebagai Y/M unit bagi memastikan unit tersebut beroperasi. Unit Perubatan Forensik terletak di bahagian belakang hospital bersebelahan dengan unit CSSU dan berdekatan dengan kuartes kakitangan hospital.
Image

WAKTU OPERASI


Hari

Masa

Catatan

Isnin - Khamis

8.00am – 1.00pm

2.00pm – 5.00pm

5.00pm – 8.00am(Oncall)

Semua urusan unit forensik dikendalikan oleh Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Kota Marudu serta pegawai forensik yang on-call Unit Perubatan Forensik pada hari tersebut

Jumaat

8.00am – 11.30am

2.00pm – 5.00pm

5.00pm – 8.00am(Oncall)

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

24 Jam (Oncall)

Image
Image
VISI
Unit Perubatan Forensik Hospital Kota Marudu memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berdasarkan perundangan perubatan forensik serta teratur dan efektif.

MISI
Bekerjasama secara berkumpulan dan berpasukan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisien, berkesan, prihatin dan mesra alam sekitar.

PIAGAM PELANGGAN
Menerima dan menguruskan mayat / jenazah mengikut perundangan tatacara keagamaan, kepercayaan dan budaya kepada mayat / jenazah.
Menjalankan proses bedah siasat secara profesional, tulus dan berkualiti
Menyediakan laporan yang lengkap, komprehensif dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan
Memberi perkhidmatan yang jujur, tulus serta ikhlas kepada mayat / jenazah serta waris mengikut garis panduan KKM

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan forensik dan penyimpanan mayat serta pengurusan bedah siasat bagi kes polis dan bukan kes polis.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Penerimaan mayat / anggota badan dari unit lain atau dari luar hospital
  • Penyimpanan mayat / anggota badan
  • Individu yang meninggal di hospital
  • Individu yang meninggal di luar hospital dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat atau penyimpanan sementara.
  • Anggota badan dari unit lain.
  • Penyerahan mayat / anggota badan
  • Penyerahan mayat yang dituntut oleh waris atau yang berhak menerimanya.
  • Penyerahan mayat yang tidak dituntut kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) / badan-badan keagamaan lain / pihak universiti / pihak kedutaan.
  • Pengendalian bedah siasat.
  • Bedah siasat untuk kes mediko-legal setelah mendapat permohonan/ arahan dari pihak polis atau mahkamah.
  • Bedah siasat klinikal untuk menentukan sebab-sebab kematian setelah mendapat keizinan daripada waris.
Pengurus Unit
Bill Collin George
Direktori Kakitangan Unit Forensik

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

038533
Today: 30
This Week: 30
Last Week: 227
This Month: 572
Last Month: 763
Hak Milik Terpelihara © 2026 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 16 April 2026

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.