
Pengenalan
Sejarah Kewujudan Jabatan Pesakit Luar
Perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar Hospital Kota Marudu telah mulai beroperasi pada 3hb April 1994, Ia adalah kesinambungan perkhidmatan pesakit luar dari Pusat Kesihatan Fasa 1 Pekan Lama.
Perkhidmatan ini beroperasi dibawah kendalian seorang Penolong Pegawai Perubatan (dikenali Pembantu Perubatan ketika itu) sebelum diambil alih oleh seorang Pegawai Perubatan beberapa tahun kemudian sebagaimana yang dapat dilihat sekarang.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar:
1.1 Mematuhi temujanji berdasarkan tarikh dan masa.
1.2 Sentiasa berkelakuan sopan, ramah dan sabar.
1.3 Menggunakan telefon bimbit dengan berhemah dan tertib.
1.4 Memberikan maklumat yang benar, tepat dan berintegriti
Carta Alir Proses Rawatan Pesakit di Jabatan Pesakit Luar
