
Pengenalan
Wad Perempuan mula beroperasi pada Tahun 1994, mempunyai 25 katil rasmi dengan menyediakan perkhidmatan perawatan berbagai disiplin iaitu dengan pembahagian:
DISIPLIN | JUMLAH KATIL DIPERUNTUKKAN |
Medical | 13 BUAH |
Surgical | 7 BUAH |
Gynae | 4 BUAH |
Orthopedik | 1 BUAH |
Skop Perkhidmatan
Memberikan rawatan dan penjagaan kepada pesakit dalam 24 jam sehari.
Memberi penjagaan perawatan untuk semua disiplin serta pemulihan yang selamat dan berkualiti.
Memberi rawatan dan diagnostik perawatan kejururawatan terhadap pesakit dan pemulihan kepada pesakit.
Memberikan perawatan dan penjagaan paliatif mengikut keadaan pesakit.
Memberi rawatan penyakit berjangkit berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh kementerian kesihaatan Malaysia.
Memberi perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan pendidikan kesihatan dan informasi terkini yang bersesuaian dengan keperluan kepada pesakit dan keluarga.
Merujuk pesakit ke pusat rujukan yang tertentu untuk rawatan lanjut.
Menyediakan pesakit untuk pembedahan, x’ray dan penyelidikan.
Menentukan data-data mengenai pesakit, penilaian perawatan yang dijalankan disimpan dengan sempurna dan tidak disalah guna.
Membuat pemeriksaan jentik-jentik setiap pagi ahad.
Menyediakan kemudahan asrama / balai pelawat bagi ahli keluarga / saudara yang datang dari jauh.
Objektif
Menyediakan rawatan dan mengurangkan komplikasi terhadap pesakit dan memberi rawatan agar pesakit dapat mencapai tahap pemulihan yang optima.
Menyediakan tempat rawatan yang selamat, bersih dan kondusif untuk pemulihan pesakit.
Memberi rawatan yang berkualiti tinggi dengan adil dan saksama tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama sebelum pesakit dibenarkan pulang.
Mengekalkan status kesihatan pesakit untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu mengikut kemampuan mereka.
Memberi pendidikan kesihatan serta kesedaran dan kefahaman kepada pesakit dan keluarga betapa pentingnya pencegahan berkaitan dengan sesuatu penyakit.
Visi
Menjadikan wad Perempuan sebagai tempat penjagaan perawatan pesakit dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, selamat dan berkualiti.
Misi
Memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit dengan cekap, selamat serta efisyen berpandukan nilai- nilai budaya korporat.