Wad Kanak-Kanak

Image

Pengenalan

Pesakit dalam Hospital Kota Marudu mula beroperasi pada 08 Jun 1994 dengan kapasiti katil sebanyak 66 buah katil dengan 3 buah wad. Pada masa itu wad kanak-kanak dan wad perempuan adalah di dalam satu bangunan(bergabung). Wad kanak-kanak (bangunan baru) telah mula beroperasi dengan rasminya pada 6hb Jun 2006. Pada Tahun 2007 kapasiti katil telah ditambah kepada 97 buah katil. Katil rasmi wad kanak-kanak adalah 25 katil.

 

Skop perkhidmatan

Pediatrik Am
Neonatal (Nursery)
Memberi rawatan dan penjagaan 24 jam sehari kepada pesakit pediatrik dan neonate.
Memberi penjagaan dan perawatan kejururawatan serta pemulihan yang selamat dan berkualiti untuk semua disiplin (perubatan,surgikal dan orthopedik).
Menyediakan perkhidmatan pendidikan dan informasi kesihatan terkini yang bersesuaian dengan keperluan klien.
Mengekalkan perlaksanaan Polisi Hospital Rakan Bayi.
Berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan peralatan serta infrastruktur wad dari masa ke semasa berasaskan peruntukan kewangan organisasi.


Visi

Menjadikan wad kanak-kanak sebagai tempat penjagaan perawatan pesakit dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, selamat dan berkualiti.


Misi

Memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit dengan cekap, selamat serta efisyen berpandukan nilai-nilai budaya korporat.


Objektif

Menyediakan rawatan dan mengurangkan komplikasi agar pesakit dapat mencapai tahap pemulihan yang optima.
Menyediakan tempat rawatan yang selamat, bersih dan kodusif untuk pemulihan pesakit.
Menyediakan rawatan yang berkualiti tinggi dengan adil tanpa mengira kedudkan, bangsa, kewarganegaraan, agama dan anutan kepercayaan.
Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga agar kefahaman mereka tentang sesuatu penyakit dapat dipertingkatkan.


Piagam Pelanggan

Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan professional
Setiap pesakit dan keluarga akan diberikan maklumat sewajarnya mengenai peratuarn kemasukan wad.
Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil yang disediakan sebaik sahaja tiba diwad.
Setiap pesakit akan diperiksa oleh pegawai perubatan setiap hari.
Kehormatan dan kerahsiaan pesakit akan sentiasa dilindungi.
Pesakit akan diberitahu 4jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad dan akan dibekalakan dengan perkara:
Maklumat temujanji dan ubat-ubatan
Surat discaj/ surat rujukan pegawai perubatan
Nasihat dan pendidikan kesihatan

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

032388
Today: 11
This Week: 120
Last Week: 135
This Month: 419
Last Month: 701
Hak Milik Terpelihara © 2025 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 19 September 2025

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.