
Pengenalan
Wad Bersalin terletak bersebelahan dengan UBBS dan Dewan Bedah,mempunyai 22 katil rasmi bermula dari 01.03.2014 dengan menyediakan perkhidmatan perawatan berbagai disiplin iaitu dengan pembahagian:
Obstetric – 16 katil
Ginekologi - 4 katil
Nursery - 2 katil
Memberi perkhidmatan rawatan Antenatal,Postnatal kepada ibu mengandung,menyambut kelahiran,memberi rawatan asas kepada bayi baru lahir dan pesakit Gynae. Wad bersalin juga menerima kes rujukan dari Klinik Kesihatan Kerajaan, Swasta serta Hospital Kerajaan sekitarnya seperti Hospital Kudat dan Hospital Pitas.
Skop Perkhidmatan
Mengadakan kemudahan pemeriksaan,diagnosa,rawatan,penjagaan kejururawatan dan pemulihan kepada semua ibu hamil diatas 22 minggu gestasi,ibu-ibu baru bersalin dan bayi baru lahir.
Memberi perkhidmatan 24 jam tanpa melanggar polisi Kementerian Kesihatan Malaysia serta adat resam pelanggan.
Merujuk kes berisiko tinggi dan mempunyai komplikasi kepada Pakar O&G atau Pakar berkenaan jika ada komplikasi berkaitan dengan masalah perubatan dan pembedahan.
Mengadakan persekitaran Hospital Rakan Bayi dan Mesra Ibu setiap masa.
Memberi suntikan immunisasi pertama BCG dan Hepatitis B.
Memberi Pendidikan kesihatan dengan mengutamakan Pendidikan tentang penyusuan susu ibu dan perancang keluarga.
Memastikan semua kelahiran telah dimasukkan dalam data SMRP.
Memastikan semua kelahiran telah dimasukkan dalam data ikelahiran.
Struktur Organisasi
Pengarah Hospital akan bertanggungjawab keatas pengurusan secara menyeluruh.
Pegawai Perubatan yang dilantik menjaga wad akan merawat semua pesakit dan sentiasa berada di wad semasa waktu pejabat.Pegawai Perubatan “On Call” akan merawat pesakit selepas waktu pejabat.
Ketua Jururawat bertanggungjawab untuk menyelia anggota unit,penjagaan pesakit,perkhidmatan linen,kebersihan,kawalan infeksi,penyelenggaraan dan pembaikan semua alat perubatan dan bukan perubatan.
Visi
Menjadi pusat rawatan kebidanan dan kelahiran yang selamat dan berkualiti.
Misi
Memberi perkhidmatan kebidanan yang berkualiti kepada pesakit dan menyambut kelahiran dengan cekap serta selamat melalui penjagaan pesakit secara professional disamping menjaga hak-hak pesakit.
Objektif Umum
Untuk menentukan diagnosis,rawatan dan juga perkhidmatan pemulihan yang sesuai,berpatutan dan berkesan menitikberatkan keselesaan dan keperluan ibu mengandung dan mengurangkan risiko kematian ibu dan anak.
Objektif Khusus
Untuk meningkatkan kualiti penjagaan ibu-ibu mengandung serta memastikan keselesaan ibu dan bayi terjamin semasa kelahiran.
Untuk memastikan bayi yang dilahirkan sihat dan normal dengan adanya penjagaan yang baik serta kecekapan dalam mengendali kes-kes berisiko tinggi.
Untuk mengurangkan komplikasi selepas bersalin dan mempercepatkan penyembuhan.
Untuk mengurangkan kadar morbidity dan mortality dikalangan ibu dan bayi.
Untuk memberi bimbingan dan Pendidikan kesihatan kepada semua ibu antenatal dan postnatal mengikut keadaan kes.
Piaggam Pelanggan Hospital Kota Marudu Pesakit Dalam
Pelanggan akan dilayan dengan mesra dan professional.
Setiap pesakit dan keluarga akan diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan wad.
Setiap pesakit akan ditempatkan pada katil yang disediakan sebaik sahaja tiba ke wad.
Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan.
Kehormatan dan kerahsiaan pesakit akan sentiasa dilindungi.
Pesakit akan diberitahu 4 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad danakan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut :
Maklumat temujanji dan ubat-ubatan.
Surat discaj/surat rujukan Pegawai Perubatan.
Nasihat dan Pendidikan Kesihatan.