Dewan Bedah

Image

Pengenalan

Unit dewan bedah telah beroperasi sejak tahun 1994. Dewan bedah ini hanya mempunyai satu bilik pembedahan yang lengkap dengan peralatan pembedahan. Oleh yang demikian, hanya satu prosedur pembedahan major boleh dilakukan pada satu- satu masa. Kes-kes pembedahan yang dilakukan di unit ini termasuklah kes kecemasan dan kes elektif. Unit ini menawarkan perkhidmatan pembedahan 24 jam sehari bagi kes-kes kecemasan seperti pembedahan ceaserian. Manakala kes elektif dilakukan pada masa bekerja biasa.


Skop Perkhidmatan

Unit dewan bedah terdapat dua perkhidmatan utama yang saling memerlukan iaitu perkhidmatan anesthesia dan perkhidmatan “operating suite”.


Perkhidmatan anesthesia
Perkhidmatan ini berperanan untuk membius pesakit yang menjalankan pembedahan supaya pesakit tidak merasa kesakitan dan selesa semasa pembedahan dilakukan. Perkhidmatan ini juga memastikan pesakit yang menjalani pembedahan stabil dan selamat untuk dibedah.
Perkhidmatan “operating Suite”
Perkhidmatan ini berperanan untuk menyediakan tempat pembedahan selamat dan lengkap keperluan. Perkhidmatan ini juga membantu doktor bedah semasa pembedahan dijalankan. Perkhidmatan ini juga memastikan segala peralatan pembedahan sekamat dan steril untuk digunakan.
Objektif


Objektif Unit Dewan Bedah Hospital Kota Marudu adalah untuk membantu proses rawatan “curative” dengan cara pembedahan supaya penyembuhan berlaku dengan lebih cepat dan mengurangkan kesengsaraan.


Visi Unit

Menjadikan unit ini satu unit yang mampu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, efisien dan lengkap serta berdaya berubah mengikut perkembangan semasa dan selaras dengan perkembangan teknologi perubatan.


Misi Unit

Memberikan perkhidmatan yang terbaik dan efisien dengan kemampuan maxima personal, logistik dan fasiliti yang tersedia tanpa mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan.


Piagam Pelanggan

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, sopan, jujur dan ikhlas.
Setiap pelanggan akan dijaga keselesaan dan keselamatan.
Setiap pelanggan akan dijaga kepentingan dan kerahsiaan.

LOKASI HOSPITAL

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jkns.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

6:00AM - 7:00AM

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

010035
Today: 4
This Week: 104
Last Week: 306
This Month: 215
Last Month: 1,206