Jabatan Pengurusan

Image
Pengenalan

Lokasi

Unit ini terletak di bahagian utama Hospital Kota Marudu iaitu berdekatan dengan Jabatan Patologi & Unit Radiologi di sebelah kanan sebelum menuju ke wad hospital. Unit Pengurusan menempatkan Bilik Pengarah Hospital, Bilik Penolong Pegawai Tadbir, Bilik Pembantu Tadbir Kanan, unit kewangan, Unit Sumber Manusia, Unit Aset, Unit Latihan dan pentadbiran. Unit pengurusan terbahagi kepada tujuh (7) seksyen iaitu pentadbiran, Sumber Manusia, kewangan, hasil, perolehan, aset dan khidmat pelanggan. Seksyen khidmat pelanggan terpisah dari pejabat am dan terletak bersebelahan dengan Jabatan Pesakit Luar. Jabatan Pengurusan juga bertanggungjawab terhadap pengurusan pembangunan yang dikendalikan sepenuhnya oleh penolong pegawai tadbir kanan. selain itu, terdapat juga stor alat tulis yang bertanggungjawab mengagihkan setiap pesanan dari unit-unit dengan menggunapakai sistem pengurusan stor.

 
Objektif

Memberi perkhidmatan pelanggan dalaman dari segi Sumber Manusia, Latihan, pentadbiran, kewangan, perolehan, aset dan khidmat pelanggan.

Memberi perkhidmatan kepada pesakit dari segi pungutan hasil.

Menghubungkan organisasi hospital dengan organisasi luar, jabatan kerajaan, swasta dan orang awam.

Menyediakan input seperti bahan-bahan, alatan barangan dan rekod-rekod untuk pentadbiran hospital.

Memastikan semua urusan dijalankan dengan berkesan dan teratur serta berpandukan dengan peraturan dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa.


Visi

Jabatan Pengurusan menjadi Unit yang sistematik, progresif dan berbudaya professional bersesuaian dengan teknologi semasa.


Misi

Memberi khidmat pengurusan  ditahap maksima untuk membantu hospital Kota Marudu mencapai objektif, misi dan visi yang telah ditetapkan.


Waktu Operasi

Seksyen Pentadbiran, Sumber Manusia, Perolehan, Latihan dan Aset

Isnin – Khamis

07.30 pagi – 1.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang

Jumaat

07.30 pagi – 11.30 pagi

2.00 petang – 5.00 petang

Sabtu dan Hari Kelepasan Am    

Sekiranya perlu

                       
Skop Perkhidmatan

Unit Pengurusan bertanggungjawab menguruskan segala urusan seperti berikut:

 
Seksyen Pentadbiran

Semua urusan rasmi surat menyurat keluar dan masuk akan disalurkan melalui Seksyen Pentadbiran menurut Arahan Perkhidmatan Bab 3 dan carta aliran kerja urusan ini termasuk membuka mel, mengasingkan surat yang diterima keluar dan masuk hendaklah diagihkan mengikut pegawai yang telah dipertanggungjawabkan setelah surat tersebut di periksa oleh ketua jabatan dan Penolong Pegawai Tadbir. Semua surat menyurat dan pusat kawalan dan pendaftaran fail akan dilakukan berdasarkan arahan perkidmatan dan arahan keselamatan. Selain itu,arah tuju file-file tersebut harus diketahui dan dikendalikan dengan baik dan teratur. Memo  Jabatan, pekelililng, akta serta arahan semasa yang berkuatkuasa yang dikeluarkan perlu diselanggara dengan baik agar mudah dirujuk apabila diperlukan.

Memastikan Mesin Perakam waktu dikendalikan dengan baik dan sempurna dimana semua anggota dikehendaki mengetik waktu masuk dan keluar setiap hari bertugas. Laporan bulanan diseliakan oleh Pembantu Tadbir yang dipertangungjawabkan disamping bertanggungjawab mengedar kad perakam waktu kepada kakitangan Hospital. Pembantu Tadbir yang bertanggungjawab akan memberikan laporan kepada Penolong Pegawai Tadbir sebagai pemakluman laporan. Sekiranya ada kakitangan yang melanggar peraturan yang ditetapkan, maka Pembantu Tadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kakitangan yang terlibat.

Pengurusan inventori dikendalikan oleh seorang pegawai dimana Gred Jawatan N19 dan keatas. Permohonan alat tulis daripada unit lain perlu menggunapakai system yang telah ditetapkan oleh KKM.

Sebagai urusetia PPSM Jabatan (APC).

Pengurusan penghantaran surat secara poslaju dan pos biasa serta serahan tangan.

Pengurusan Orientasi.

Pengurusan Aduan Awam.

Pengurusan Kajian Kepuasan Pelanggan.

Pengurusan Piagam Pelanggan.

Pengurusan Budaya Korporat.

Pengurusan Peti Cadangan.

Seksyen Sumber Manusia

Bertanggungjawab terhadap urusan perkhidmatan anggota seperti cuti, pengesahan jawatan, pemberian tahap berpencen dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan.

Menyelenggara buku perkhidmatan kerajaan anggota.

Menyelenggara dan mengemaskini fail-fail peribadi anggota.

Bertanggungjawab terhadap penggunaan System HRMIS.


Seksyen Perolehan

Mengendalikan semua urusan sebutharga jabatan termasuk sebutharga bagi Penyewaan Premis Demis.

Menyediakan SST bagi pembida Berjaya.

Memastikan urusan sebutharga mengikut peraturan yang telah dikuatkuasakan.

Menyediakan dokumen perjanjian (sekiranya berkaitan).


Seksyen Aset

Bertanggungjawab terhadap asset Jabatan dari semua segi. Penerimaan, Pendaftaran, Pelupusan dan sebagainya yang melibatkan aset.

Memastikan pemeriksaan asset Jabatan dilakukan.

Bertanggungjawab terhadap T&C aset yang baru diterima.

Bertanggungjawab terhadap kehilangan asset.


Khidmat Pelanggan

Bertanggungjawab terhadap panggilan masuk dan keluar.

Bertanggungjawab terhadap mesin PABX Hospital.

Bertanggungjawab dan memainkan peranan selaku frontliner.
Alt Text
Mohamad Farizal Bin Ismail
Ketua Jabatan Pengurusan

LOKASI HOSPITAL

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jkns.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

6:00AM - 7:00AM

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

010909
Today: 14
This Week: 232
Last Week: 282
This Month: 72
Last Month: 1,087