Unit Kualiti

Image

Pengenalan Unit

Unit Kualiti Hospital Kota Marudu telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan terletak di Wad Kanak-Kanak. Ia berfungsi sebagai sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital yang dijalankan di hospital ini. Unit tersebut dianggotai oleh 1 orang Pegawai Perubatan, 1 orang Ketua Jururawat U32 dan 1 orang Jururawat U29 yang dilantik oleh Pengarah Hospital untuk memantau pelaksanaan setiap aktiviti kualiti yang dijalankan di hospital berkenaan bagi proses penghantaran setiap laporan yang disarankan oleh jabatan dan kementerian.

Pengwujudan unit ini adalah bertujuan untuk melicinkan lagi penyelenggaraan serta perlaksanaan aktiviti-aktiviti kualiti yang berdasarkan arahan kerajaaan dan kementerian untuk peningkatan serta keberkesanan didalam perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan hospital.

Hospital Kota Marudu menjalankan 29 aktiviti peningkatan kualiti yang diketuai oleh seorang Penyelaras yang dilantik oleh Pengarah Hospital dan setiap aktiviti mempunyai ahli jawatankuasa masing-masing untuk membantu Penyelaras melaksanakan aktiviti-aktiviti berkenaan dengan berkesan.

 

Objektif

Membantu dan menyokong semua bahagian / unit dan Penyelaras setiap aktiviti kualiti untuk melaksanakan aktiviti- aktiviti kualiti yang dipantau berdasarkan penetapan dan piawaian yang telah diselaraskan oleh Hospital,Jabatan dan Kementerian untuk mengukuhkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.


Visi

Menjadi pemangkin kepada gerakan pembudayaan kualiti Hospital Kota Marudu.


Misi

Memberi kesedaran kepada semua warga kerja Hospital Kota Marudu bahawa sistem kerja yang berkualiti adalah kunci kepada kejayaan organisasi dengan memastikan pembudayaan kualiti yang berterusan.

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

025865
Today: 13
This Week: 230
Last Week: 313
This Month: 1,007
Last Month: 1,002
Hak Milik Terpelihara © 2025 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 20 Januari 2025

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.