Unit Teknologi Maklumat

Image

Pengenalan

Sebagai sebuah hospital yang dilengkapi dengan kemudahan IT, keperluan unit IT amatlah diperlukan di Hospital Kota Marudu. Namun semasa ia ditubuhkan, ia hanya dikendalikan oleh wakil-wakil IT yang telah dilantik Pengarah Hospital dikalangan kakitangan dari unit lain yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT. Ini adalah disebabkan tiada perjawatan untuk unit IT.

Pada masa kini, pihak Hospital Kota Marudu berjaya mendapat 1 perjawatan tetap untuk unit IT iatu Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) F44 dan 1 perjawatan MySTEP iaitu Juruteknik Komputer FT19.

 

Skop Perkhidmatan

Memberi khidmat sokongan pengguna di Hospital Kota Marudu untuk sebarang masalah berkaitan Teknologi Maklumat (IT)
Penyediaan infrastruktur, perkakasan dan perisian IT di Hospital Kota Marudu
Memastikan penggunaan perisian dan perkakasan IT, sistem dan aplikasi kerajaan elektronik, rangkaian LAN dan Internet di Hospital Kota Marudu dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
Menyelaras dan memastikan pengurusan, perolehan dan pelupusan aset IT yang teratur.
Memantau agensi atau vendor yang dilantik untuk melaksana sebarang kerja atau projek IT di Hospital Kota Marudu melakukannya dengan baik.
Memberi taklimat dan kursus kepada anggota Hospital Kota Marudu dalam bidang IT.
Menyelaras Laman Web Rasmi Hospital Kota Marudu
Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa


Objektif

Bertanggungjawab menyelia dan memberi khidmat sokongan teknikal penggunaan semua kemudahan IT termasuk komputer, sistem rangkaian LAN, server dan Internet di Hospital Kota Marudu.
Memantau, melaksana dan memastikan perlaksaan Aplikasi Kerajaan Elektronik dan projek-projek IT KKM oleh kakitangan dan pegawai Hospital Kota Marudu dapat digunakan tanpa sebarang masalah
Merancang dan menyediakan infrastruktur IT selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik


Visi Unit

Untuk memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal yang terbaik kepada semua pengguna perkhidmatan ICT Hospital Kota Marudu.


Misi Unit

Untuk menjadikan warga hospital yang mahir menggunakan ICT seiring dengan perkembangan teknologi perubatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan berkesan dan cemerlang.


Piagam Pelanggan

Memastikan pencapaian 90% dalam menyelesaikan aduan IT pengguna dalam tempoh lima hari bekerja jika tidak melibatkan sebarang penggantian item.

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

020349
Today: 16
This Week: 64
Last Week: 429
This Month: 530
Last Month: 1,623
Hak Milik Terpelihara © 2024 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 10 September 2024

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.