Unit Patologi Dan Tabung Darah

Image

PATOLOGI

Pengenalan

Unit Patologi terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu Perkhidmatan Patologi dan Transfusi Darah. Unit ini menyediakan perkhidmatan asas patologi dan perkhidmatan transfusi darah yang mampu menyesuaikan dengan piawaian tahap perkhidmatan Hospital Kota Marudu.

 

Lokasi

Unit Makmal Patologi terletak bersebelahan dengan Pejabat Pengurusan dan di belakang bangunan Unit Kecemasan dan Trauma.

 

Visi

Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.

 

Misi

Perkhidmatan Jabatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.

 

Objektif

Menyediakan perkhidmatan ujian makmal yang cepat, tepat dan berkualiti bagi membantu pegawai perubatan dalam menentukan diagnosis kepada pesakit supaya mendapat rawatan yang sewajarnya.

 

Fungsi

Menyediakan perkhidmatan diagnostik dalam bidang patologi kimia, klinikal, hematologi, mikrobiologi dan transfusi darah.

 

Skop Perkhidmatan

Menyediakan perkhidmatan diagnostik, saringan dan pemantauan dalam pelbagai disiplin patologi seperti kaunter penerimaan sampel, klinikal, patologi kimia, hematologi, mikrobiologi dan serologi.

Ujian-ujian yang tidak ditawarkan di Hospital Kota Marudu akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKAKK), Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak, Sabah (HWKKS) dan makmal semenanjung Malaysia mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam proses kerja penghantaran spesimen ke makmal rujukan terlibat.

 

TABUNG DARAH

Visi

Unit Transfusi Darah Menyediakan perkhidmatan pembekalan darah yang mencukupi dan selamat kepada pesakit berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.

 

Misi

Unit Tranfusi Darah Perkhidmatan Unit Tabung Darah akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.

 

Objektif

Membekalkan darah dan komponen darah dengan berkesan dan selamat.
Memastikan bekalan darah yang mencukupi untuk keperluan pesakit.
Menggalakan bilangan penderma darah sukarela.


Piagam Pelanggan

Setiap pelanggan akan dilayan secara sopan santun, mesra, profesional dan prihatin
Proses menderma darah meliputi pendaftaran, pemeriksaan kumpulan darah dan paras hemoglobin, pemeriksaan perubatan (kaunseling) dan proses pengambilan darah penderma mengambil masa lebih kurang 1 jamS
Semua penderma akan diberikan minuman ringan selepas menderma darah
Semua penderma darah sukarela akan diberi buku/sijil penderma darah.
Lokasi Jabatan Patologi dan Unit Transfusi Darah terletak bersebelahan dengan Pejabat Pentadbiran Am, Unit Pengimejan diagnostik dan Unit Kecemasan dan Trauma. Ia juga terletak bertentangan dengan Unit Fisioterapi .


Skop Perkhidmatan

Menawarkan perkhidmatan ujian-ujian dan pembekalan produk darah yang diperlukan oleh pesakit. Perkhidmatan ujian yang ditawarkan adalah seperti blood grouping, compatibility test (crossmatch).
Menjalankan penyiasatan terhadap reaksi transfusi pesakit 5
Bertanggungjawab mencari sumber bekalan darah, membuat promosi kepada orang awam dan mengadakan kempen derma darah. Kempen derma darah diadakan di pusat, iaitu di Unit Transfusi Darah dan di luar pusat (kempen derma darah bergerak).
Bekalan darah yang diperolehi dari kempen derma darah sama ada di pusat atau bergerak, hendaklah di hantar di makmal saringan di Unit Transfusi Darah Hospital Queen Elizabeth sebelum diberi kepada pesakit.
Ujian-ujian yang tidak ditawarkan seperti antibody screening dan identification akan dirujuk ke makmal rujukan.

Ketua Unit Patologi
Elice Galip @ Lepius
Pengurus Unit Tabung Darah
Jackson Mangundanchal

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

021562
Today: 17
This Week: 359
Last Week: 338
This Month: 302
Last Month: 1,441
Hak Milik Terpelihara © 2024 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 3 Oktober 2024

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.