Unit Radiologi

Image

Pengenalan

Unit Radiologi merupakan satu unit sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik kepada pesakit dalam, pesakit ulangan dan pesakit dari Unit Kecemasan Hospital Kota Marudu. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit- pesakit yang dirujuk dari Klinik Pesakit Luar dan hospital lain.

 

Skop Perkhidmatan

Jenis-Jenis Pemeriksaan

Pemeriksaan Am :
X-ray Dada, Extrimiti Atas dan Bawah, Rangka Kepala, Abdomen, spina vertebra dan sebagainya.
Intarvenouseurografi (I.V.U)
Pemeriksaan Portable X-Ray
Biasanya dilakukan untuk kes-kes pesakit yang tenat, kritikal atau sukar bergerak sama sekali.

Pemeriksaan Forensik
Dilakukan hanya sebagai bantuan jika beberapa perkara tidak dapat dikenalpasti dan tidak dapat memberi ketentuan yang muktamad selepas ‘post-mortem’ dilakukan.

 

Objektif

Memberi perkhidmatan pemeriksaan radiologi kepada masyarakat dengan menghasilkan suatu imej radiograf berkualiti diagnostic melalui kemudahan-kemudahan peralatan dan kemahiran tenaga yang sedia ada sambil mempraktiskan prinsip perlindungan sinaran.


Visi

Perkhidmatan Radiologi akan menjadi sebuah perkhidmatan sokongan perubatan yang cemerlang melalui tenaga kerja yang bertanggungjawab, beriltizam dan berkemahiran tinggi dengan mengutamakan kepuasan pelanggan dan peningkatan kualiti berterusan.


Misi

Perkhidmatan radiologi sentiasa berusaha membantu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dengan cara melaksanakan hasrat dan inspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia yang berteraskan nilai-nilai budaya korporat iaitu perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan dan profesionalime.


Piagam Pelanggan

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan santun, ikhlas dan professional.
Masa untuk menjalani pemeriksaan X-ray biasa dan mendapatkan filem/imej/CD adalah dalam masa 45 minit.
Setiap pesakit yang diberikan tarikh temujanji akan diberikan penerangan tentang persediaan sebelum pemeriksaan X-ray.
Laporan pemeriksaan radiologi dapat diperoleh dalam tempoh 2 minggu.

Pengurus Unit Radiologi
Mastura Nabilla Sabunar Abdullah

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

021561
Today: 16
This Week: 358
Last Week: 338
This Month: 301
Last Month: 1,441
Hak Milik Terpelihara © 2024 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 3 Oktober 2024

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.