Pengenalan
Unit Ubbs (Unit Bekalan Bahan Steril) mula beroperasi pada tahun 1995. Unit ini menjalankan perkhidmatan pensterilan peralatan untuk kegunaan semua unit dan wad.Unit ini dikendalikan oleh 3 orang staf ubbs dan di bantu oleh staf dewan bedah. Pada tahun 2011 perkhidmatan otokleb dihentikan di hospital ini kerana mesin diistihar BER.
Semua peralatan yang telah dibungkus akan dihantar ke hospital berdekatan untuk pensterilan
• Hospital Pitas
• Hospital Ranau
• Hospital Kudat
• Hospital Kota Belud
Kekerapan penghantaran adalah sebanyak 3 kali seminggu melainkan ada keperluan segera.
Skop Perkhidmatan
Menerima, memeriksa, mengasing, mencuci, mongering dan menyusun peralatan yang diterima dari wad-wad / unit.
Membuat pemeriksaan dan pembungkusan peralatan yang diterima dari wad dan unit mengikut standard yang ditetapkan.
Menyediakan dan membungkus Soft Dresing untuk kegunaan semua wad / unit di hospital.
Menghantar semua peralatan yang telah dibungkus ke pusat rujukan pensterilan atau hospital lain untuk proses pensterilan.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan bekalan peralatan steril kepada unit atau wad dengan selamat, berkualiti, sistematik, serta mematuhi standard yang ditetapkan untuk mencegah dan mengawal jangkitan di hospital.
Visi
Menjadi pusat perkhidmatan pembekalan bahan steril yang berkualiti.
Misi
Menjadi pusat perkhidmatan dan pembekalan peralatan bahan steril.
Piagam Pelanggan
Memberi perkhidmatan secara Professional, Mesra, Bertanggungjawab, dan Bersopan santun.
Memastikan peralatan yang disterilkan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan
Peralatan dan soft dressing yang dibekalkan adalah menepati tahap kualiti pensterilan yang ditetapkan.
Penghantaran peralatan dan soft dressing ke hospital rujukan pensterilan adalah mengikut jadual yang ditetapkan.
Bersedia atas panggilan jika ada memerlukan peralatan untuk pensterilan. (Bagi kes kecemasan sahaja).