Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan

Image

Pengenalan Unit Dan Tujuan

Kawalan infeksi hospital mula beroperasi secara rasminya pada 2hb.Oktober.2010 dan merupakan satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengawal dan memantau berlakunya jangkitan silang di Hospital Kota Marudu. Dikendalikan oleh seorang Jururawat Terlatih yang mempunyai Post Basik dalam Kawalan Infeksi dan Pencegahan. Seorang Ketua Jururawat U32 telah dilantik sebagai Link Nurse dalam unit tersebut selain daripada lantikan Link Nurse dan Link Personal di setiap unit dan wad. Ratio bagi Jururawat Kawalan Infeksi adalah 1:100 katil rasmi hospital.

Bilik Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan terletak di pintu masuk sebelah kiri bangunan wad perubatan perempuan, Hospital Kota Marudu.

 

Skop Perkhidmatan

Lawatan Ke Wad / Unit
Membuat lawatan ke unit dan wad untuk memastikan semua anggota mematuhi Polisi dan Prosedur Kawalan Infeksi KKM dan Hospital.
Membuat teguran dan pembetulan sekiranya berlaku perlanggaran polisi oleh anggota hospital.
Melakukan ‘Environment Audit’ Kawalan Infeksi dan seterusnya memberikan cadangan dan saranan pembetulan bagi setiap amalan atau masalah yang ditemui/dikenalpasti semasa melakukan pemantauan.


Mengumpul Data
Merekod kejadian kecederaan oleh Mengumpul dan merekod data-data jangkitan nosokomial.
tusukan jarum /kecederaan benda tajam.
Merekod dan memantau kejadian/kes MRSA, ESBL, Acinetobacter dan lain-lain kes berkaitan dengan mengenalpasti punca jangkitan dan lain-lain faktor penyebab.
Menyediakan laporan yang lengkap berkaitan dengan perkara di atas untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Hospital Kota Marudu.


‘Environmental Swabbing’
Membuat ‘environmental swab’ di wad/unit jika berlaku wabak
Menyediakan laporan lengkap mengenai keputusan ‘environmental swab’ yang telah dibuat.
Menjalankan ‘environmental swab’ ulangan jika perlu.


Pemeriksaan Kantin Hospital
Membuat pemeriksaan kantin hospital setiap bulan bersama Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Memastikan semua anggota / pengendali makanan kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang lengkap dan telah mendapat imuisasi Typhoid serta sentiasa dikemaskini.


Mengendali Pemberian Imunisasi Hepatitis B Kepada Kakitangan Yang Baru Dan Lama Yang Mempunyai Keputusan Ujian Sariangan Hepatitis B Antibodi Dengan Titre Kurang Dari 10miu/Ml
Mengenalpasti status imunisasi Hep B semua anggota dengan kerjasama Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Mengatur jadual pemberian imunisasi jika perlu.
Mempastikan bekalan Vaksin sentiasa mencukupi dengan kerjasama pegawai farmasi yang berkenaan.


Menyediakan Pelan Tindakan Kawalan Infeksi
Menetapkan tarikh mesyuarat mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik dan mesyuarat bersama ‘Infection control link nurse’.
Menetapkan tarikh aktitviti kawalan infeksi seperti kursus/bengkel, audit dan lain-lain yang berkaitan.

Memantau Semua Unit Dan Wad


Objektif

Meningkatkan Perkhidmatan Kawalan Infeksi kepada anggota, pesakit dan pelanggan Hospital Kota Marudu.
Mengawal kejadian infeksi nosokomial melalui pemantauan yang rapi.
Mengurangkan kos perbelanjaan hospital dengan mengawal berlakunya infeksi di hospital.


Visi

Unit Kawalan Infeksi dan pencegahan, Hospital Kota Marudu akan menjadi sebuah unit yang menjalankan peranan Penting di Peringkat Hospital ke arah Pencegahan dan Pengawalan Jangkitan Nosokomial dengan mengaplikasi Piawaian Kawalan Infeki yang terkini.


Misi

Berusaha dalam memastikan program kawalan infeksi dan pencegahan dilaksanakan selaras dengan Polisi dan Garis Panduan Kawalan Infeksi, Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan komitmen, tanggungjawab dan kerjasama dari semua anggota kesihatan dalam mengawal kejadian Infeksi Nosokomial di Hospital.


Piagam Pelanggan

Memberi perkhidmatan dengan tepat dan mesra pelanggan.
Mempastikan anggota kesihatan Hospital Kota Marudu mengamalkan ‘5 moment hand hygiene’ semasa mengendalikan pesakit untuk mengurangkan kejadian jangkitan Nosokomial dengan pencapaian ≥ 90.
Sentiasa menjaga dan mempastikan setiap maklumat pelanggan adalah dirahsiakan.

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

024330
Today: 22
This Week: 225
Last Week: 219
This Month: 474
Last Month: 1,272
Hak Milik Terpelihara © 2024 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 29 November 2024

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.