Pengenalan
Unit Rekod Perubatan mula beroperasi di Hospital Kota Marudu pada tahun 1994. Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.
Skop Perkhidmatan
Unit Rekod Perubatan diketuai Penolong Pegawai Tadbir Rekod Perubatan yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan berikut:
Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
Pengurusan Laporan Perubatan
Pengurusan Maklumat dan Statistik kesihatan
Pengurusan Lembaga Perubatan
Pengurusan kes Medico-legal
Menentukan kod untuk diagnosa (ICD 10) dan prosedur ditetapkan
Pemantauan aktiviti-aktiviti kualiti berkaitan Unit Rekod Perubatan
Objektif
Menguruskan perkhidmatan rekod perubatan dengan cekap dan teratur bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
Menyediakan maklumat perubatan pesakit yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Mengurus maklumat dan statistik perubatan dengan tepat dan boleh
Visi
Menjadikan Unit Rekod Perubatan sebagai pusat maklumat dan dokumentasi yang lengkap dan berkualiti melalui perkhidmatan yang cemerlang dan memenuhi kehendak pelanggan.
Misi
Membentuk satu sistem perkhidmatan rekod perubatan dan maklumat yang lebih sistematik,efisien dan berkualiti serta mengamalkan elemen penyayang,kerja berpasukan dan profesionalisma dalam budaya kerja.
Piagam Pelanggan
Menyediakan rekod perubatan pesakit dalam tempoh 10 hingga 30 minit dari permohonan diterima.
Menyediakan Laporan Perubatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.