
Pengenalan
Unit Fisioterapi Hospital Kota Marudu dibuka pada 18 September 2008, Sebelum itu, tanggungjawab perawatan Fisioterapi diberikan secara lawatan sekali sebulan oleh Jurupulih Perubatan Anggota U29 daripada Hospital Pitas.
Pada mulanya Unit ini tidak mempunyai bangunan khusus dan diletakkan buat sementara waktu berkongsi ruang operasi dengan Unit Pesakit Luar Dan Unit Rekod Perubatan Hospital Kota Marudu bersama-sama dengan Unit Pemulihan Carakerja untuk membentuk Unit Rehabilitasi Hospital Kota Marudu.
Seterusnya pada 17 Oktober 2009, Jumlah kakitangan unit ini telah bertambah kepada 2 Orang ( 1 Jurupulih Perubatan Anggota U29 dan 1 Jurupulih Perubatan Anggota U32). Unit ini, telah berpindah ke bangunan baru, di lokasi baru iaitu bertempat di Kabin Kontena bersebelahan dengan Unit Makmal Hospital Kota Marudu bermula pada 15 Disember 2014. Seterusnya pada 19 Mac 2018, kakitangan Unit ini telah bertambah kepada 3 orang apabila seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U29 melaporkan diri bertugas di Hospital Kota Marudu.
Skop Perkhidmatan
Skop-skop perkhidmatan Fisioterapi adalah merangkumi rawatan ke atas pelanggan / pesakit yang dirujukkan dari Wad , Jabatan Pesakit Luar, Hospital-Hospital Lain / Klinik-Klinik Pakar dan Hospital/Klinik Swasta.
Perkhidmatan-Perkhidmatan yang Disediakan Oleh Unit Fisioterapi Hospital Kota Marudu
Senaman terapi pemulihan, mobilisasi anggota atau sendi, Rawatan Elektrotherapi (seperti Tens, Ultrasound, Wax, Hotpack), “Chest Physiotherapy”, Obesity, Relaksasi, Senaman Khusus buat pesakit kronik, serta pendidikan kesihatan.
Objektif Perkhidmatan
Membantu dalam pemulihan kefungsian dan keupayaan individu yang mengalami gangguan dan masalah fizikal, serta gangguan penderiaan.
Visi
Unit Fisioterapi akan menjadi pusat kecemerlanganyang menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti melalui pengetahuan yang meluas, perawatan yang berkesan serta menerapkan nilai-nilai Budaya Koperat, “Soft Skills”, Tonggak 12 dan EKSA di dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh unit.
Misi
1. Memberi perkhidmatan dan pemulihan kepada masyarakat Kota Marudu yang memerlukan pemulihan awal dan semaksimumnya bagi meningkatkan kualiti kehidupan seharian mereka.
2. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anggota hospital dan masyarakat Kota Marudu tentang peranan dan sumbangan Unit Fisioterapi Hospital Kota Marudu.
3. Meningkatkan kerjasama di antara Unit Fisioterapi dan unit-unit lain di dalam dan luar Hospital Kota Marudu, untuk meningkatkan tahap perkhidmatan perawatan, pengetahuan dan pemulihan yang berkesan.
4. Menyemai sikap positif, cekap, inisiatif dan bertanggungjawab di dalam membuat aktiviti perawatan dan pemulihan.
5. Proaktif dan bekerjasama di dalam menjayakan setiap tugasan mahupun amanah yang diberikan oleh pihak hospital bagi memastikan mutu perkhidmatan yang baik dan berkualiti.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kualiti perkhidmatan Unit Fisioterapi Hospital Kota Marudu dengan menggunakan kaedah perawatan dan pengurusan terkini selaras dengan perkembangan sains dan teknologi moden.
Piagam Pelanggan
Kami kakitangan Unit Fisioterapi akan berusaha memberi perkhidmatan mengikut prinsip-prinsip berikut:
1. Setiap pelanggan akan diberi rawatan sewajarnya yang berkualiti tanpa mengira umur,jantina,agama atau taraf sosio-ekonomi.
2. Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di unit ini akan dirujuk ke Hospital lain yang lebih sesuai.
3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra,hormat,bertimbang rasa,bersopan,jujur dan ikhlas.
4. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan profesional sebaik mungkin.
5. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
6. Semua pelanggan akan diberi perkhidmatan mengikut giliran.
7. Proses pendaftaran pelanggan akan dilakukan dalam tempoh 10 – 15 minit.
8. Pelanggan dikehendaki membayar caj rawatan mengikut kelayakan.
9. Pemeriksaan dan rawatan akan dilakukan dalam tempoh 30 – 45 minit.
10. Pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai kondisi dan prosedur rawatan.
11. Setiap pelanggan akan diberikan dengan Maklumat temujanji.