Unit Pemulihan Carakerja

Image

Pengenalan

Unit pemulihan carakerja telah bermula pada 13 oktober 2008, dan berkongsi dengan unit rekod perubatan.

Bermula dari januari 2013, unit pemulihan carakerja telah berpindah masuk ke bilik rawatan unit pesakit luar, bergabung dengan unit jurupulih anggota membentuk unit rehabilitasi. Bilik rawatan adalah berkeluasan 20 x 10 kaki persegi menempatkan 2 orang jurupulih anggota dan seorang jurupulih carakerja serta seorang pegawai ICT.

Pada disember 2014 unit rehabilitasi telah berpindah ke sebuah kabin yang berkeluasan 40x10 kaki persegi yang terletak berhadapan dengan unit makmal. Dalam kabin tersebut dibahagi kepada dua ruangan yang menempatkan Unit Pemulihan Anggota dan Unit Pemulihan Carakerja secara berasingan.

 

Skop Perkhidmatan

Memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah terapi pemulihan, pengubahsuaian, dan pencegahan untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami ketidakupayaan fizikal atau kognitif akibat kecederaan, kemalangan ataupun penyakit.
Untuk perawatan pesakit secara terapi pemulihan prosedur yang digunapakai terdiri dari proses menilai serta menganalisa kefungsian pesakit, struktur dan fungsi anggota badan, mengenalpasti ketidakupayaan, membuat perancangan, melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit.
Kaedah pendidikan kesihatan diberikan bagi aspek promosi kesihatan dan pencegahan.
Memberikan perkhidmatan pemulihan carakerja seperti yang berikut :

Perkhidmatan Pesakit Dalam
Perkhidmatan Pesakit Luar

Jenis perkhidmatan yang disediakan di unit pemulihan carakerja hospital sipitang adalah seperti :

Rawatan ADL
Rawatan Splinting
Rawatan Pressure garment & Compression therapy
Rawatan terapi permainan
Rawatan Aids & Adaptation
Rawatan psikososial
Rawatan terapi tingkahlaku
Rawatan stimulasi Motor sensori
Rawatan stimulasi kognitif
Pendidikan kesihatan


Visi

Menjadikan Unit Pemulihan Carakerja, Hospital Kota Marudu sebagai pusat pemulihan contoh dari segi perawatan yang berkualiti dan terunggul di Bahagian Utara Sabah.

 

Misi

Memulihkan pesakit ke tahap paling optimum melalui kaedah rawatan yang sistematik, berkualiti dan cekap. Dibantu oleh fasiliti yang mampu memenuhi kepuasan pelanggan di samping terapis yang beretika dan professional.

 

Objektif

Memberi peluang kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja atau aktiviti rawatan pemulihan yang berfaedah dari peringkat awal lagi, bagi menolong menilai sejauhmana masalah dan penyakit yang dihadapi supaya kumpulan perawatan professional kesihatan dapat menentukan cara rawatan yang patut disediakan agar pelanggan dapat mencapai tahap keberdikarian optimum dalam kehidupan hariannya. Di samping menolong pelanggan melakukan aktiviti terapeutik bagi memenuhi masa lapang dengan cara yang berfaedah.

 

Piagam Pelanggan

Semua pesakit menerima layanan yang mesra dan penuh tanggungjawab, sebagai pelanggan yang dihormati.
Semua pelanggan mendapat jaminan bahawa kehormatan dan kerahsiaannya terpelihara semasa dan selepas mendapat rawatan atau pemeriksaan.
Semua pelanggan akan dinilai , dirawat dan diberitahu pilihan rawatan yang ada serta kontraindikasinya.
Semua pelanggan akan dinilai dalam masa 15 minit.
Semua pelanggan akan mendapat rawatan tidak kurang 30 minit setiap sesi.
Semua pelanggan luar akan dirawat mengikut temujanji.
Semua pelanggan dalam wad akan mendapat rawatan dalam masa 24 jam dari tarikh surat rujukan diterima, pada hari masa bekerja.
Semua pelanggan mestilah mendapat surat rujukan daripada pegawai perubatan kerajaan/ swasta kecuali pelanggan yang tergolong dalam kumpulan sasar program rawatan pemulihan carakerja.
Laporan rawatan, penilaian dan kemajuan pelanggan secara lisan / bertulis akan disediakan sekiranya diminta berbuat demikian oleh pegawai perubatan.
Semua pelanggan akan dikenakan bayaran :
Percuma bagi kakitangan kerajaan / kumpulan sasar program pemulihan carakerja.
Bayaran bagi pelanggan dalam ward mengikut akta fee.
Bayaran lain sekiranya ada tertakluk kepada akta fee unit hasil.
Bukan warganegara tertakluk kepada akta fee unit hasil

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

020313
Today: 28
This Week: 28
Last Week: 429
This Month: 494
Last Month: 1,623
Hak Milik Terpelihara © 2024 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 5 September 2024

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.