Image
Image
Image


HOSPITAL KUALA PENYU

Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar. Hospital Kuala Penyu mula dibina pada 03hb Julai 2001 di kawasan seluas 30.19 ekar yang melibatkan kos pembinaan bernilai RM76 juta.

Ia merupakan salah satu projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-7. Ia siap dibina pada 30hb Mei 2005 dan mula beroperasi pada 28 Februari 2006

Hospital Kuala Penyu sebenarnya mampu memuatkan sebanyak 72 katil, namun pada masa kini hanya 48 katil disediakan. Dilengkapi dengan peralatan hospital yang terkini. Kompleks hospital terdiri dari :

  • Kompleks Perubatan
  • Bangunan Kuarters (44 Unit)
  • Asrama Jururawat (21 Unit)
  • Gelanggang Sukan
  • Helipad
  • Tempat letak kenderaan

Hospital Kuala Penyu sebenarnya mampu memuatkan sebanyak 72 katil, namun pada masa kini hanya 48 katil disediakan. Dilengkapi dengan peralatan hospital yang terkini. Kompleks hospital terdiri dari :

  • Kompleks Perubatan
  • Bangunan Kuarters (44 Unit)
  • Asrama Jururawat (21 Unit)
  • Gelanggang Sukan
  • Helipad
  • Tempat letak kenderaan

Selain itu, untuk memberi keselesaan kepada orang ramai, kemudahan awam turut disediakan di Hospital Kuala Penyu seperti:

  • Mesin ATM
  • Surau
  • Taman Terapeutik
  • Kantin

VISI

Ke arah masyarakat sihat melalui sistem perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap, prihatin, mesra, berkesan dan beretika kepada semua peringkat masyarakat di daerah Kuala Penyu.

MISI

Menggalakkan dan meningkatkan taraf kesihatan masyarakat Kuala Penyu dan daerah sekitarnya melalui perkhidmatan rawatan yang adil dan saksama serta efisien, menggunakan teknologi yang bersesuaian serta mesra pelanggan.
OBJEKTIF
  • Menyediakan latihan dan tenaga professional yang mencukupi bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada masyarakat Kuala Penyu dan sekitarnya.
  • Mewujudkan persekitaran yang mesra,selesa dan selamat untuk pesakit, keluarga dan anggota hospital.
  • Menggunakan sumber sedia ada secara optimum dalam memberi perawatan yang terbaik.
  • Memberikan perkhidmatan komprehensif yang berkualiti dengan cemerlang, prihatin dan berkesan kepada semua masyarakat.
DASAR KUALITI
  • Kami adalah komited untuk menjadikan HKP sebagai sebuah jabatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti serta berusaha untuk membuat penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah yang bersesuaian dan kepatuhan yang konsisten terhadap Sistem Pengurusan Kualiti bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.