POLISI HAK PESAKIT DAN KELUAGA
1. PENGENALAN KEPADA POLISI
Kami menghormati semua pesakit dari segi kepelbagaian agama,budaya,latar belakang dan status kesihatan serta berhak mendapat khidmat rawatan perubatan yang terdapat di Hospital ini.
Objektif Polisi tentang Hak Pesakit dan Keluarga akan tercapai Melalui;
1. Keterbukaan dalam komuniksi dan jujur.
2. Budaya Hormat-Menghormati, tanpa sebarang diskriminasi.
3. Responsif dan reaktif kepada keperluan kesihatan individu.
Oleh kerana itu:-
1.1 Pesakit berhak untuk dimaklumkan terlebih dahulu sebelum penjagaan/perawatan dan penglibatan aktif dalam perkembangan serta melaksanakan perancangan penjagaannya.
1.2 Pesakit maupun wakilnya berhak membuat keputusan berhubung perkembangan sesuatu rawatan.
1.3 Pesakit dan keluarga pesakit ( wakil ) berhak dimaklumkan terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan dalam sebarang proses rawatan dan berhak menolak untuk tidak meneruskan setelah mendapat informasi yang mencukupi tentang faedah dan risiko sesuatu perawatan. Pesakit dan keluarga akan diberitahu tentang rasional sesuatu rawatan,kesannya jika rawatan tidak diteruskan.
1.4 Pesakit berhak dirawat tahap kesakitannya dengan cara yang paling berkesan.
1.5 Pesakit dan keluarga berhak mengetahui status profesionalisme mana- mana pihak yang memberikan perkhidmatan rawatan dan penjagaan.
1.6 Pesakit dan keluarga berhak mengetahui sebab ke atas sebarang perubahan dalam tanggungjawab anggota professional untuk penjagaan dan rawatan.
1.7 Pesakit dan keluarga berhak untuk mendapat Kerahsiaan tentang maklumat sesuatu rawatan dilindungi, semasa menerima perkhidmatan penjagaan perawatan.
1.8 Pesakit juga berhak menerima rawatan, kemudahan dalam proses perawatan yang “Privacy”( keadaan sendiri- dimana rahsia pesakit dilindungi).
1.9 Pesakit dan keluarga berhak mengetahui item-item yang dikenakan caj dalam bil hospital. Jika pesakit tidak berkemampuan, pesakit berhak dirujuk untuk mendapat penggurangan atau pengecualian bil hospital. ( hanya Untuk Pesakit Warganegara Malaysia sahaja ).
1.10 Bagi pesakit yang dimasukkan ke hospital tanpa waris, semua hartanya akan disimpan dalam peti selamat atau kaedah yang sesuai dan akan direkod. Namun,Jika waris pesakit datang semua harta pesakit akan dikembalikan. Pesakit tidak dibenarkan memakai barangan kemas ketika dimasukkan ke dalam wad. Kecuali pesakit yang dimasukkan ke wad dalam keadaan tidak sedarkan diri.
1.11 Pesakit berhak menimbang untuk menerima sebarang penjagaan dan rawatan dalam keadaan selamat dari semua bentuk deraan dan gangguan.
1.12 Pesakit dan keluarga berhak mengharapkan pihak hospital dapat membuat tindak balas yang wajar kepada permintaan pesakit untuk penjagaan yang sesuai dengan perubatan dan perkhidmtan berdasarkan polisi yang sedia ada.
1.13 Pihak hospital akan membuat penaksiran,perkhidmtan atau merujuk dimana indikasi keperluan berdasarkan keadaan pesakit. Sekiranya perlu pihak hospital akan merujuk ke hospital lain setelah mendapat pandangan professional dari segi klinikal dan mendapat persetujuan pesakit atau keluarga pesakit.
1.14 Semua kehendak dan permintaan pesakit serta keluarga semasa menerima rawatan akan diusahakan untuk dipenuhi setelah mendapat kebenaran dari pengurusan tertinggi hospital.
1.15 Makanan halal serta diet seimbang mengikut status kesihatan akan disajikan kepada semua pesakit.
1.16 Semua aduan yang dikemukakan oleh pesakit dan keluarga pesakit, akan diselesaikan sebaik mungkin mengikut sistem pengurusan Aduan Awam Hospital kuala Penyu.
1.17 Pesakit berhak melantik orang kedua jika tidak memahami sesuatu maklumat tentang penjelasan rawatan oleh mana-mana anggota yang memberikannya.
1.18 Bagi pesakit perempuan/ lelaki berhak ditemani ahli keluarga ketika sesi kaunseling dilakukan.
2. PROSES TENTANG HAK PESAKIT:
Melalui pernyataan berhubung hak pesakit dan keluarga pesakit, Hospital
Kuala Penyu mengakui dalam hal ini;
2.1 Semua pesakit berhak mendapat semua kemudahan rawatan dan penjagaan yang sesuai tanpa membezakan bangsa, agama, jenis kelamin atau orientasi seksual, etnik, usia atau kecacatan.
2.2 Semua pesakit yang menerima rawatan, bebas untuk menggunakan hak yang ditetapkan dalam dasar ini tanpa paksaan, diskriminasi atau balasan.
2.3 Hospital Kuala Penyu akan mengenali dan melaksanakan, sepanjang yang dibenarkan oleh dasar undang-undang dan polisi Hospital, usaha yang dilakukan oleh pembuat keputusan pengganti (seperti keluarga, penjaga atau orang yang diberi kuasa) untuk menggunakan hak pesakit semasa pesakit tidak mampu melakukannya tanpa paksaan, diskriminasi atau balasan.
2.4 Hospital Kuala Penyu akan memberitahu setiap pesakit atau apabila diperlukan, pembuat keputusan pesakit, pengganti (sebagaimana yang dibenarkan menurut undang-undang ) atas hak pesakit mengenai rawatan,penjagaan dan hal-hal lain mengenai pesakit, jika perlu.
3. TANGGUNGJAWAB PESAKIT:
Sikap bekerjasama dalam penjagaan kesihatan mensyaratkan bahawa pesakit dan ahli keluarga atau pengganti untuk melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan. keberkesanan perkhidmatan dan kepuasan dengan rawatan bergantung pada pesakit yang memenuhi tanggung jawab tertentu. pesakit dan keluarga mereka adalah bertanggung jawab untuk;
3.1 Memberikan maklumat lengkap tentang penyakit masa lalu, Hospital terdahulu, rawatan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan status kesihatan pesakit.
3.2 Meminta penjelasan tentang segala maklumat atau arahan bahawa mereka tidak sepenuhnya memahami, dalam hal status pemantauan atau rawatan.
3.3 Memastikan pihak hospital mempunyai salinan arahan lanjut bertulis mereka, jika ada.
3.4 Memberitahu doktor dan anggota perawatan kesihatan yang lain jika mereka menjangka masalah dalam mengikuti rawatan yang diberikan.
3.5 Membuat usaha yang layak untuk mematuhi peraturan, undang-undang, prosedur hospital dan menghormati tentang hak pesakit lain.
3.6 Memberikan maklumat yang diperlukan untuk tuntutan insuran dan bil kepada program-program kerajaan, dan membuat ketetapan pembayaran dengan hospital bila diperlukan.
3,7 Nasihat perubatan seterusnya dan Arahan mengenai perubahan gaya hidup yang dianjurkan untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan pesakit, sepanjang masa.
Semua kenyataan di atas adalah berdasarkan manual polisi tentang hak pesakit dan keluarga Hospital kuala penyu.
Dalam merawat pesakit , diingatkan bahawa setiap ahli keluarga pesakit menyedari haknya sebagai pesakit dan keluarga pesakit. Adalah penting bagi semua kakitangan mematuhi dan memahami dasar ini ketika memberikan perawatan kesihatan.segala permasalahan dan persoalan tentang hak pesakit dan keluarga pesakit serta dasar tanggung jawab, hendaklah terus berhubung kepada Penyelia tempat bertugas , Pengarah Hospital (ext 191) atau anggota yang dilantik khas oleh Pengarah Hospital dalam hal ini.
POLISI HAK PESAKIT DAN KELUARGA
HOSPITAL KUALA PENYU
Muat Turun


