EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM HOSPITAL KUALA PENYU

INFO EKSA
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal yang diamalkan dalam sektor awam kerajaan.
Antara elemen penting yang ditekankan dalam amalan EKSA adalah imej korporat, persekitaran kerja kondusif, kreatif & inovatif dan amalan Go Green .

POLISI
EKSA menjadi budaya dan amalan kerja warga Hospital Kuala Penyu yang berterusan bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam suasana persekitaran kerja yang bersistematik, kemas, bersih serta selamat kepada pengguna.
OBJEKTIF
- Mewujudkan persekitaran dan tempat kerja yang kondusif.
- Meningkatkan amalan budaya kerja berpasukan serta nilai-nilai murni dalam perkhidmatan.
- Melaksanakan tugas dengan kos efektif terhadap sumber.
- Mengalakkan tindakan peningkatan dan penambahan yang berterusan
- Melahirkan anggota yang berdisiplin, kreatif dan inovatif.
MATLAMAT
Mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal
STRATEGI
- Memberi kesedaran dan motivasi kepada semua warga Hospital Kuala Penyu melalui promosi dan latihan.
- Pemantauan dan tindakan penambahbaikan bagi semua aktiviti amalan EKSA yang berterusan.
- Mengadakan gotong royong dan Hari 3S (Sisih, Susun, Sapu) setiap bulan.
- Membudayakan amalan EKSA melalui promosi dan program pendidikan secara berterusan.
- Pengiktirafan dan penghargaan diberikan kepada unit dan individu yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelaksanaan EKSA
Muat Turun
[ZIP] Panduan Perlaksanaan EKSA Hospital Kuala Penyu
HEBAHAN PROMOSI EKSA HOSPITAL KUALA PENYU