HARI KELUARGA HOSPITAL KUALA PENYU 2012
Pada 12 hingga 13 Mei 2012 yang lalu, Hospital Kuala Penyu telah mengadakan Hari Keluarga buat kali kedua selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2008.
Tujuan utama Hari Keluarga ini diadakan adalah sebagai landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf dan ahli keluarga Hospital Kuala Penyu.
Di samping itu, ia bertujuan untuk memberikan ruang kepada anggota Hospital Kuala Penyu untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.
Gotong Royong sebagai persediaan terakhir telah bermula pada 11 Mei sehingga 13 Mei yang lalu bagi memastikan Hari Keluarga ini berjaya. Aktiviti Hari Keluarga ini bermula dengan Acara Sukaneka pada 12 Mei 2012 bertempat di Pantai Kg. Tempurong, Kuala Penyu.
Terdapat pelbagai beberapa permainan yang berbentuk sukaneka yang telah dijalankan merangkumi semua peringkat umur dan jantina. Cuaca panas terik tidak menghalang hadirin untuk terlibat di dalam setiap acara yang dijalankan.
Manakala pada awal pagi 13 Mei, Pertandingan Explorace pula diadakan. Pertandingan berbentuk perlumbaan kembara ini yang dikendalikan bersama Unit Pengurusan serta Rehabilitasi ini telah dimenangi oleh Kumpulan Unit Kejururawatan.
Akhir sekali sebagai penutup Hari Keluarga Hospital Kuala Penyu 2012 ini, Malam Mesra telah diakan pada sebelah malam 13 Mei di Gelanggang Bola Tampar HKP.
Acara ini juga diadakan sempena menyambut sambutan lain seperti Hari Ibu dan Hari Jururawat Sedunia. Selain dari anggota Hospital Kuala Penyu beserta keluarga, Majlis turut di meriahkan dengan kehadiran YB. John Teo Mau Sing, ADUN N26 Kuala Penyu dan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu Encik Dirih @ Sebastian Anjim yang mewakili Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beaufort, YB. Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin untuk merasmikan Majlis Malam Mesra ini.
Antara acara yang telah dijalankan ialah penilaian pakaian tradisi, pemotongan kek ulangtahun ke-6 Hospital Kuala Penyu, pertandingan karaoke, hadiah cabutan bertuah dan jamuan makan.
Persembahan koir khas oleh Kumpulan Koir HKP turut diadakan di mana buat pertama kalinya Lagu Rasmi Hospital Kuala Penyu bertajuk Kesihatan Nadi Kehidupan diperdengarkan untuk anggota Hospital Kuala Penyu buat pertama kalinya.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan karaoke dan dua pemenang hadiah utama cabutan bertuah iaitu tiket penginapan ke Bali dan Bangkok.


