Image
Image
Image

Promosi MyUbat

Myubat

 

PENGENALAN

Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat Bagi Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT).

Sistem ini memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari fasiliti kesihatan KKM. Ia juga membolehkan pesakit memantau temu janji perkhidmatan nilai tambah farmasi melalui aplikasi MyUBAT. Selain itu, penggunaan sistem ini juga dapat memudahkan anggota di fasiliti farmasi menguruskan proses pendaftaran dan penyediaan ubat-ubatan susulan di kaunter-kaunter farmasi dengan lebih sistematik.

 

OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan sistem ini adalah untuk:

  1. Memudahkan proses pendaftaran pesakit untuk pengambilan bekalan ubat susulan
  2. Menjimatkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi
  3. Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit

 

SKOP

MyUBAT boleh ditawarkan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang dari fasiliti kesihatan KKM.

 

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

  1. Muat turun aplikasi MyUBAT melalui App Store, Google Play atau AppGallery
  2. Daftar perkhidmatan bekalan ubat susulan
  3. Semak status bekalan ubat atau temu janji
  4. Pinda tarikh temu janji (jika perlu)

Sila rujuk poster-poster pendaftaran MyUBAT yang dilampirkan untuk maklumat terperinci.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sila berhubung dengan anggota farmasi di hospital atau klinik kesihatan KKM yang berdekatan jika anda berminat untuk menggunakan sistem ini. Lampiran-lampiran berkaitan sistem MyUBAT ini juga disediakan sebagai maklumat tambahan.

Sila rujuk senarai fasiliti kesihatan KKM yang telah mengaktifkan sistem MyUBAT di https://myubat.pharmacy.gov.my