Image
Image
Image
LAWATAN BENCHMARKING HOSPITAL KUALA PENYU KE HOSPITAL KUNAK

LAWATAN BENCHMARKING HOSPITAL KUALA PENYU KE HOSPITAL KUNAK

KUNAK - Pada 11 Januari 2018 yang lalu, Hospital Kuala Penyu (HKP) telah mengadakan Lawatan Benchmarking Fasiliti dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Hospital Kunak. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat implementasi susun atur fasiliti serta aktiviti EKSA di Hospital Kunak untuk diimplementasikan di Hospital Kuala Penyu.

Rombongan Lawatan Hospital Kuala Penyu telah diketuai oleh Pengarah HKP Dr Sabariah Mohamad Sa'ad serta diiring oleh Penyelia Hospital, En Jeslee Ekon, Penolong Jurutera Hospital, Dg. Fettry Yate Binti Ag Samara dan Pegawai Teknologi Maklumat, En Lionel Michael Jominin

Rombongan Hospital Kuala Penyu telah disambut oleh Pengarah Hospital Kunak Dr. Asbullah Bin Sudin dan anggota Hospital Kunak. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang lawatan ini adalah Taklimat Pengenalan Hospital dan EKSA Hospital Kunak, lawatan benchmarking ke seluruh unit di Hospital Kunak dan Lawatan ke Pejabat Sedafiat Hospital Kunak.

Sepanjang lawatan, rombongan Hospital Kuala Penyu telah sedikit sebanyak telah mendapat pengetahuan dan inspirasi yang berguna mengenai susun atur fasiliti dan aktiviti serta implementasi EKSA dari Hospital Kunak untuk diaplikasikan di Hospital Kuala Penyu.

Lawatan rombongan HKP berakhir pada kira-kira jam 4.00pm