Image
Image
Image
AUDIT NAIK TARAF MS-ISO 9001:2015 SIRIM DI HKP

AUDIT NAIK TARAF MS-ISO 9001:2015 SIRIM DI HKP

KUALA PENYU - Pada 30 Oktober – 1 Nov 2017 Program Audit Pemantauan dan Naik Taraf MS-ISO 9001:2015 oleh wakil Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) telah diadakan bertempat di Hospital Kuala Penyu.

Audit ini bertujuan untuk pemantauan serta juga proses naif taraf Persijilan MS-ISO 9001:2008 Hospital Kuala Penyu kepada MS-ISO 9001:2015 setelah mendapat persijilan MS-ISO 9001:2008 untuk tempoh 22 Oktober 2015 sehingga 14 September 2018 daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd Surveillance Audit ini telah dikendalikan oleh Pasukan Juruaudit SIRIM yang terdiri daripada

  • Madam Lee Lay Kuan (Ketua Juruaudit)
  • Puan Maznah Mat Isa

Sepanjang 3 hari program audit, Pasukan Juruaudit SIRIM telah melawat seluruh unit dan kawasan Hospital Kuala Penyu dan juga menemuramah anggota dan ketua-ketua Unit Hospital Kuala Penyu bagi melakukan audit lengkap seterusnya menetapkan piawaian kualiti untuk Hospital Kuala Penyu.

Di akhir Program Audit pada tengahari 1 November 2017, pasukan Juruaudit telah melakukan pembentangan mengenai penemuan-penemuan mereka.

Segala cadangan, teguran dan penemuan oleh pihak SIRIM, diambil positif oleh pihak Hospital Kuala Penyu dan pihak Hospital akan cuba melaksanakannya dan membuat penambahbaikan sebaik mungkin. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Laporan Disediakan Oleh

Lionel Michael Jominin
Penyelaras MS-ISO
Hospital Kuala Penyu