PROGRAM IMUNISASI COVID-19 BARISAN HADAPAN DAERAH KUALA PENYU
KUALA PENYU : Pada 28 Februari 2021 yang lalu, seramai 36 barisan hadapan dari kalangan anggota kesihatan di Daerah Kuala Penyu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 Dos Pertama jenis Pfizer-BioNTech pada Fasa Pertama Program Imunisasi Covid-19 yang berlangsung di Pusat Vaksinasi Covid-19 Hospital Kuala Penyu.
Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr. Mohd. Suffian Bin Laupa mengetuai petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin pada program tersebut.
Vaksin Pfizer-BioNTech perlu disuntik dua kali, dengan suntikan kedua pada hari ke-21 selepas suntikan pertama. Program Imunisasi untuk barisan hadapan dari kalangan anggota kesihatan di Daerah Kuala Penyu seterusnya dijadualkan pada 5,9 dan 10 Mac akan datang.


