JABATAN PESAKIT LUAR
Pengenalan
Jabatan Pesakit Luar merupakan salah satu unit utama bagi Hospital Kuala Penyu. Ia menerima kes pesakit luar baru, ulangan, menjalankan pemeriksaan kesihatan dan penyaringan bagi seluruh penduduk di Kuala Penyu dan kawasan sekitarnya. Ia juga merupakan tempat rujukan kes-kes pesakit luar dari Klinik-klinik Kesihatan kerajaan dan swasta di sekitarnya.
Skop Perkhidmatan
- Memberikan perkhidmatan pesakit luar.
- Merujuk pesakit ke wad / Hospital Berpakar dan Klinik Pakar untuk pemeriksaan selanjutnya.
- Melakukan prosedur seperti pengambilan spesimen darah, cucian luka, suntikan, buka jahitan luka, ujian kencing dadah, ujian penglihatan dan ujian ECG.
- Melakukan saringan penyakit HPT dan DM.
- Melakukan Pemeriksaan Kesihatan seperti bakal haji, bakal pelatih PLKN, kakitangan kerajaan berumur 40 tahun dan ke atas, lantikan ke perkhidmatan kerajaan dan swasta, kemasukan ke asrama penuh, kemasukan ke IPT dan IPTS, keluar negara dan lain-lain.
- Pendidikan kesihatan.
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.
- Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra, baik dan profesional.
- Segala maklumat perubatan pelanggan akan dirahsiakan.
- Setiap teguran dan cadangan akan dilayan dengan sewajarnya.
| Hari | Waktu Pagi | Waktu Rehat | Waktu Petang |
| Isnin – Khamis | 8:00 am – 1.00 pm | 1.00 pm – 2.00 pm | 2.00 pm – 5.00 pm |
| Jumaat | 8:00 am – 11.30 am | 11.30 am – 2.00 pm | 2.00 pm – 5.00 pm |
| Hujung Minggu | |||


