UNIT WAD KANAK-KANAK
Pengenalan
Wad Kanak-Kanak Hospital Kuala Penyu terletak di aras 1 Hospital Kuala Penyu berdepan dengan Bilik Mesyuarat Utama Hospital
Skop Perkhidmatan
- Menyediakan perkhidmatan, pemeriksaan diagnostik, perawatan kejururawatan dan rehabilitasi untuk pesakit bayi dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah
- Memberi ceramah kesihatan untuk semua anggota kesihatan, pesakit dan orang awam mengenai penyakit, kebersihan diri dan sekeliling, amalan pemakanan yang sihat dan juga cara hidup sihat
- Mengadakan perkhidmatan Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak dan Bayi.
- Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam 24 jam di hospital.
- Perkhidmatan bilik permainan juga di buka untuk kanak-kanak.
Objektif Unit
Memberi perkhidmatan diagnosa,rawatan dan rehabilitasi yang bersesuaian, mencukupi, selesa dan berkesan demi mencapai taraf kesihatan yang optima mengikut kemampuan pesakit.Memberi layanan yang mesra dan penyayang tanpa mengira kedudukan,bangsa dan agama.
Misi Unit
Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan peralatan ke tahap yang optima,melalui pembangunan kerjaya kejururawatan yang profesional dan semangat berpasukan.
Visi Unit
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan beretika dengan menekankan aspek promotif,kreatif,inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Piagam Pelanggan Wad
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra,bertimbangrasa, hormat,bersopan santun,jujur dan ikhlas.
- Selepas tiba di wad ,setiap pesakit dan keluarga akan diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.
- Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil dalam tempoh 10 minit.
- Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalama masa 60 minit.
- Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan.Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan yang tertakluk kepada undang-undang.
- Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangakan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
DISCAJ
Pesakit akan diberitahu 3 JAM lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad
Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut semasa discaj:
- Maklumat temujanji
- Risalah rawatan susulan
- Surat rujukan kepada pakar/Pegawai Perubatan Klinik swasta yang merujuk
- Resit bayaran discaj hospital bagi pesakit
- Nasihat
KEWAJIPAN PELANGGAN
Bagi membolehkan bahagian in melaksanakan Piagam Pelanggan dengan cepat dan berkesan adalah kewajipan pelanggan untuk:-
- Mematuhi gari panduan serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
- Mematuhi kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
| Hari | Masa Melawat |
| Isnin – Khamis | 12:30 pm – 2.00 pm 4:30 pm – 7:30 pm |
| Jumaat | 11.30 am - 2.00 pm 4.30 pm – 7.30 pm |
| Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am | 12:30 pm – 7:30 pm |


