Image
Image
Image

UNIT WAD PEREMPUAN

Pengenalan
Wad Perempuan (2B) terletak di aras 2, berhadapan dengan lif dan Unit Patologi Wad ini dijaga oleh seorang Ketua Jururawat Gred U32, yang bertanggungjawab menjalankan pengurusan harian wad dan pengurusan klinikal dan perawatan kejururawatan. Wad ini menyediakan katil bertaraf kelas 3 sahaja.Jumlah katil adalah 17 buah.

Skop Perkhidmatan
a. Rawatan Pesakit Dalam

  • Menyediakan perkhidmatan diagnose, rawatan dan pemulihan yang bersesuaian, mencukupi, selesa, berkesan dan mudah diperolehi oleh orang awam
  • Ianya juga memberikan rawatan perubatan Institutional demi meningkatkan taraf kesihatan rakyat

b. Perubatan Am

  • Untuk merawat dan memulihkan pesakit-pesakit kepada keadaan kesihatan optima yang boleh dicapai
  • Menyediakan perkhidmatan, pemeriksaan diagnostik, perawatan kejururawatan dan rehabilitasi untuk pesakit perempuan dari had umur 13 tahun ke atas dan menjaga ibu dengan sakit puan (Ginekologi)
  • Memberi ceramah kesihatan untuk semua anggota kesihatan, pesakit dan orang awam mengenai penyakit, kebersihan diri dan sekeliling, amalan pemakanan yang sihat dan juga cara hidup sihat
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam 24 jam di hospital.


Objektif
1. Memberi perkhidmatan diagnosa, perawatan dan rehabilitasi yang bersesuaian, mencukupi, selesa dan berkesan demi mencapai optima mengikut kemampuan pesakit.
2. Meningkatkan kesedaran orang ramai akan pentingnya mendapat rawatan perubatan secepat mungkin serta lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri agar mortaliti dan mobiditi dapat dikurangkan.
3. Memberi layanan yang mesra dan penyayang tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama.

Visi Unit
Memberi perkhidmatan yang berkualiti, cemerlang, cekap, mesra beretika dalam menekankan aspek promatif, proaktif, kreatif dan inovatif bagi keperluan dan ekspektasi pelanggan.

Misi Unit
Meningkatkan kualiti perawatan pelanggan,ke tahap yang optima melalui pembangunan kerjaya kejururawatan yang professional, penyayang dan semangat berpasukan.

Piagam Pelanggan
WAD

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra,bertimbangrasa, hormat,bersopan santun,jujur dan ikhlas.
  • Selepas tiba di wad ,setiap pesakit dan keluarga akan diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.
  • Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil dalam tempoh 10 minit.
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalama masa 60 minit.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan.Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan yang tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangakan termasuk risiko dan pilihan yang lain.


DISCAJ
Pesakit akan diberitahu 3 JAM lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad
Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut semasa discaj:

  • Maklumat temujanji
  • Risalah rawatan susulan
  • Surat rujukan kepada pakar/Pegawai Perubatan Klinik swasta yang merujuk
  • Resit bayaran discaj hospital bagi pesakit
  • Nasihat


KEWAJIPAN PELANGGAN
Bagi membolehkan bahagian in melaksanakan Piagam Pelanggan dengan cepat dan berkesan adalah kewajipan pelanggan untuk:-

  • Mematuhi garis panduan serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
  • Mematuhi kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.




Hari Masa Melawat
Isnin – Khamis 12:30 pm – 2.00 pm
4:30 pm – 7:30 pm
Jumaat 11.30 am - 2.00 pm
4.30 pm – 7.30 pm
Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am 12:30 pm – 7:30 pm