Image
Image
Image

UNIT KEWANGAN

Pengenalan

Unit Kewangan Hospital Kuala Penyu adalah terdiri dari 2 unit utama iaitu unit Akaun dan Hasil. Unit Kewangan adalah merupakan nadi utama sesebuah Jabatan di mana semua urusan berkaitan kewangan Jabatan akan diuruskan oleh unit ini.

Skop Perkhidmatan

Antara skop perkhidmatan Unit Kewangan ialah penyediaan gaji, bayaran semua tuntutan perjalanan, elaun-elaun dan perpindahan, menguruskan semua pembelian, mengeluarkan Pesanan Tempatan bagi pembelian terus, membuat kutipan hasil dan tunggakan hasil dan menyediakan segala laporan berkaitan kewangan.

Objektif

Membantu Unit Pengurusan HKP dalam membentuk dan melaksanakan segala perancangan, penyediaan, pengawalan kewangan termasuk urusan pembelian dan perbelanjaan yg dilakukan.

Piagam Pelanggan

WARAN PERUNTUKANSASARAN MASA</strong
Menguruskan pemberian waran peruntukan asal / tarik balik kepada JKNS setelah kelulusan Ketua Jabatan 3 hari bekerja
LAPORANSASARAN MASA
Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan Mengurus dan dikemukakan ke JKNS Sebelum 5hb pada bulan berikut
Menyediakan laporan pembayaran bil 2 kali sebulan dan dihantar ke JKNS Pada 02hb dan 16hb setiap bulan
Menyediakan laporan bulanan pembayaran yuran perkhidmatan sokonganHospital KKM dan hantar ke KKM ( Bah. Perolehan dan Penswastaan ) Setiap bulan
Menyediakan Laporan Hasil dan dikemukakan ke JKNS Sebelum 5hb pada bulan berikut
PESANAN TEMPATANSASARAN MASA
Menguruskan mengeluarkan Pesanan Tempatan (LO) pembelian terus kepada pembekal selepas menerima permohonan yg telah disempurnakan dengan lengkap beserta kelulusan pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan perolehan 3 hari bekerja
Menguruskan perolehan secara sebutharga 3 bulan
TUNTUTAN PERJALANAN / ELAUN LEBIH MASASASARAN MASA
Memproses tuntutan perjalanan atau elaun lebih masa yang sempurna dan lengkap dengan dokumen sokongan termasuk perakuan ( tandatangan Pegawai Atasan / Penyelia ) 7 hari berkerja
BAUCER BAYARAN BIL-BIL/TUNTUTANSASARAN MASA
Memproses bil-bil tuntutan yang lengkap daripada pembekal beserta dokumen-dokumen berkaitan untuk tujuan bayaran 7 hari bekerja
Memproses baucer bayaran yang lengkap dengan dokumen sokongan termasuk perakuan ( tandatangan Pegawai Atasan / Penyelia ) 7 hari bekerja
Memproses tuntutan perpindahan rumah mengikut Pekeliling Perkhidmatan bil. 10/1989 dan Bil. 9/1991 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/1995 yang sempurna dan lengkap dengan dokumen sokongan termasuk Perakuan ( tandatangan ) pegawai atasan/Penyelia. 3 hari bekerja
GAJISASARAN MASA
Memproses perubahan gaji dan dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sabah 3 bulan awal daripada bulan perubahan tersebut
Memproses baucer bayaran gaji bagi pegawai lantikan sambilan setelah diterima sempurna lengkap dengan dokumen sokongan termasuk perakuan ( tandatangan ) pegawai atasan/ Penyelia  

Hari Masa Beroperasi
Isnin – Khamis 8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.30 petang
Jumaat 8.00 pagi – 11.30 tengah hari
2.00 petang – 4.30 petang
Cuti Kelepasan Am 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Sabtu 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Ahad 9.00 pagi – 1.00 tengahari