Image
Image
Image

UNIT KUALITI

Pengenalan

Unit Kualiti Hospital Kuala Penyu memainkan peranan dalam pemantauan dan mengawal selia semua aktiviti kualiti Hospital Kuala Penyu bagi tujuan pengekalan aktiviti kualiti secara berterusan

Skop Perkhidmatan

  • Mengawasi perlaksanaan & memantau semua aktiviti peningkatan kualiti.
  • Membantu/membimbing penyelaras baru memulakan program aktiviti kualiti
  • Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital
  • Sebagai sekateriat untuk pengumpulan laporan-laporan aktiviti di hospital.
  • Mempastikan laporan-laporan yang dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan serta membantu dalam penyediaan laporan atau maklumbalas tahunan yang berkaitan dengan kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh JKNS/KKM.
  • Mengenalpasti & menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan ‘ shortfall in quality’ & tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
  • Bekerjasama dengan unit/wad untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan masyarakat supaya keperluan serta kehendak pelanggan dipenuhi.

Objektif Unit

Menjadi unit penyelaras dalam mengendalikan dan mengawal semua aktiviti – aktiviti kualiti hospital agar perkhidmatan yang diberikan berkualiti sesuai dengan objektif dan visi yang telah ditetapkan oleh Hospital Kuala Penyu,Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Visi Unit

Menerapkan nilai- nilai serta ciri- ciri kualiti dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit dan masyarakat dengan mempastikan keperluan pelanggan dipenuhi.

Misi Unit

Berusaha untuk MENINGKATKAN KUALITI perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Kuala Penyu bagi memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan dengan mengamalkan prinsip- prinsip budaya korporat dan etika perkhidmtan cemerlang.