Image
Image
Image

UNIT PENGURUSAN

Pengenalan

Unit Pentadbiran terdiri sub unit utama iaitu Unit Perkhidmatan, Unit Aset & Stor dan Unit Pegawai Khidmat Pelanggan. Unit-unit ini bertanggungjawab untuk memberi pelbagai perkhidmatan yang menjurus kepada urusan pentadbiran Hospital iaitu termasuk perjawatan kakitangan Hospital Kuala Penyu.

Skop Perkhidmatan Unit Pentadbiran

  • Menguruskan dan menyediakan keperluan peralatan pejabat bagi memastikan keseluruhan sistem pentadbiran berjalan lancar
  • Bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kaunter yang berkualiti.
  • Menguruskan penghantaran dan penerimaan surat dalaman dan luaran HKP.
  • Urusan Rekod dan Inventori.
  • Menguruskan penyediaan pakaian seragam untuk semua kakitangan yang layak dibekalkan
  • Menguruskan pencalonan pingat dan anugerah darjah kebesaran negeri dan persekutuan dan anugerah yang lain bagi kakitangan yang layak dicalonkan
  • Menguruskan Perisytiharan Harta bagi semua kakitangan HKP
  • Menguruskan dan urusetia bagi semua rekod MPK semua unit dan Fail Meja untuk kakitangan Pentadbiran
  • Menguruskan serta urusetia bagi Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Anugerah Perkhidman Cemerlang (APC) kakitangan HKP
  • Urusan Aset Inventori bagi Pejabat.
  • Menguruskan sistem stor.
  • Menguruskan rekod dan penyimpanan kunci-kunci Pejabat Hospital Kuala Penyu
  • Menguruskan jadual penggunaan Bilik Mesyuarat Utama
  • Menguruskan tempahan makanan bagi Mesyuarat
  • Menyediakan borang-borang Am untuk pejabat
  • Memantau rekod kehadiran bagi semua kakitangan hospital

Skop Perkhidmatan - Unit Perkhidmatan dan Perjawatan

  • Menyediakan perancangan sumber manusia yang strategik, efisien dan memaksimumkan sumber manusia yang ada, memproses pertukaran anggota, penetapan gaji, penyemakan gaji, pemakaian dan penyemakan skim perkhidmatan.
  • Perancangan sumber manusia melalui penyediaan inventori ramalan dan unjuran keperluan sumber manusia.
  • Melaksanakan perancangan tenaga manusia di peringkat PTJ mengikut Garis Panduan Perancangan Tenaga Manusia Sektor Awam 1985 yang dikeluarkan oleh JPA.
  • Menyemak dan memastikan kekosongan jawatan yang perlu diisi dengan segera.
  • Pelaksanaan skim perkhidmatan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Melaksanakan urusan pengambilan dam pelantikan kakitangan sambilan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4/2000
  • Melaksanakan urusan pertukaran lantikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 17/2002.
  • Melaksanakan penetapan gaji bagi pegawai yang dinaikkan pangkat secara lantikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2003
  • Melaksanakan kaedah penetapan gaji permulaan dan pelarasan gaji kenaikan pangkat berdasarkan P.Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2007
  • Melaksanakan urusan kenaikan pangkat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan sesi tapisan dan saringan permohonan jawatan kakitangan baru (Pekerja Sambilan) dan senarai pendek pemohon.
  • Penempatan dan pertukaran mengikut keperluan dan kepentingan.
  • Mengemaskini data-data perjawatan dari segi bilangan perjawatan dan pengisian.
  • Urusan kenaikan pangkat.

Lain Lain skop dan peranan unit adalah seperti berikut:

  • Cuti kakitangan.
  • Perletakan jawatan.
  • Pencen
  • Pinjaman perumahan.
  • Disiplin dan tatetertib.
  • Permohonan ke luar negara.
  • Pengeluaran KWSP.
  • Urusan gaji, perubahan gaji, bonus, tunggakan dan elaun.
  • Pemangkuan dan penanggungan tugas.
  • Permohonan kursus induksi.
  • Opsyen pencen dan KWSP.
  • Maklumat Staf.
  • Pelepasan dengan izin.
  • Buku rekod perkhidmatan.
  • Fail peribadi kakitangan.

Piagam Pelanggan Unit Pentadbiran

  • Surat dan Pekeliling diedarkan kepada Unit-Unit dalam masa tiga (3) hari setelah mendapat arahan daripada Pihak Hospital
  • Pengesahan Pelantikan diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
  • Pengesahan Dalam Perkhidmatan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja setelah memenuhi syarat-syarat pengesahan.
  • Pemberian Taraf Berpencen diproses selepas genap tiga (3) tahun berkhidmat.
  • Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat diproses dalam tempoh tiga (3) hari setelah mendapat surat edaran urusan/iklan
  • Tuntutan Elaun Perjalanan dan Elaun lebih Masa akan diproses dalam tempoh tujuh(7) hari waktu bekerja setelah dokumen lengkap diterima.