Image
Image
Image

JABATAN FARMASI

Pengenalan Unit

Jabatan Farmasi Hospital Kuala Penyu merupakan perkhidmatan Sokongan Klinikal. Antara perkhidmatan Jabatan Farmasi ini adalah pembekalan dan perolehan ubat-ubatan, reagen, gas perubatan & peralatan pakai buang untuk kegunaan pesakit, memberi maklumat tentang ubat-ubatan dan memberi khidmat kaunseling melalui perkhidmatan kaunseling serta Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC).

Skop Perkhidmatan Perolehan dan pembekalan

  • Perolehan dari Pharmaniaga (M) Sdn. Bhd., Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sabah dan pembekal tempatan yang dilantik.
  • Pembekalan Ubat dan bukan ubat kepada unit pengguna.
  • Pengurusan Penalti Pembekal Konsesi Dan Kontrak
  • Penilaian Prestasi Pembekal
  • Pengurusan Bahan Perubatan Yang Lambat Bergerak dan Hampir Luput termasuk Item LOU
  • Pengurusan Produk Panggil Balik (Recalled Products)
  • Pengendalian Pelupusan Stok Yang Luput Atau Rosak
  • Pengurusan Aduan Kualiti Produk
  • Pelaksanaan Pemeriksaan & Verifikasi Stor

Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar

  • Membekalkan ubat kepada pesakit secara “Island Dispensing”
  • Menggunakan Sistem PhIS (Pharmacy Information System)
  • Perkhidmatan Kaunseling Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Vas (Value Added System) bagi memudahkan pembekalan ubat kepada pesakit iaitu :

i) Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu SPUB (IN): Dari Fasiliti Yang Merujuk  

ii) Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu SPUB (OUT): Ke Fasiliti Yang Di rujuk

iii) Sistem Kad Temujanji Farmasi

iv) Aplikasi MyUBAT: SIstem Temu Janji atau Ubat Melalui Pos (UMP)

Diabetes Medication Therapy Adherence Clinic (DMTAC)

Perkhidmatan kaunseling dan pemantauan rapi penggunaan ubatan kepada pesakit diabetes yang berdaftar.

Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam Dan Klinikal Farmasi

  • Membekal ubat kepada Wad Pesakit Dalam melalui sistem ”Unit Of Use” dan “ Unit Of Dose “ termasuk juga ”Floor Stock”
  • Penyediaan Ubat Galenikal sama ada ubat cecair untuk kegunaan dalam, ubat disinfektan dan lotion untuk kegunaan luar dan penyediaan ubat bancuh segar (Extemporaneous).
  • Perkhidmatan “Therapeutic Drug Monitoring”. (TDM)
  • Pemeriksaan Wad setiap 4 bulan
  • Memberi kaunseling kepada pesakit dengan kriteria tertentu
  • Rondaan Wad bersama pegawai perubatan / pakar perubatan dan penyaringan Carta Pengubatan Pesakit.
  • Mengesan dan melaporkan kes-kes mudarat ubat (ADR)
  • Mengesan dan melaporkan kes-kes alahan ubat.

Perkhidmatan Maklumat Ubat Dan Racun

  • Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun kepada Orang Awam/ Kakitangan Hospital
  • Pameran dan Ceramah Kenali Ubat Anda
  • Pengurusan Aduan Kesan Advers Ubat (ADR) dan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI)
  • Pengurusan dan Pendaftaran Aduan Alahan Ubat
  • Pendidikan Pesakit/Kaunseling Ubat-ubatan secara berkumpulan di Jabatan Pesakit Luar
  • Membuat Buletin dan Maklumat Ubat-Ubatan yang boleh dilayari di portal rasmi Hospital Kuala Penyu.
  • Menguruskan Continuous Pharmaceutical Education.

Objektif Jabatan Farmasi Hospital Kuala Penyu ialah:

  1. Memantapkan pengurusan penyimpanan ubat dengan memastikan pegangan stok dalam julat 1 hingga 3 bulan setiap bulan.
  2. Memantapkan perkhidmatan kaunter Farmasi Pesakit Luar dengan memastikan 95% daripada preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit
  3. Memantapkan pembekalan ubat di wad dengan memastikan pembekalan ubat ke wad tidak melebihi 3 jam setiap hari.
  4. Memantapkan aktiviti keselamatan pengubatan dengan pencapaian sekurang-kurangnya 85% dalam audit keselamatan pengubatan.

 

Visi

Menyediakan perkhidmatan Farmasi yang selamat, berkualiti dan efisien demi kesejahteraan kesihatan pesakit di Hospital Kuala Penyu.

 

Misi 

Menerajui Perkhidmatan Farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi Hospital Kuala Penyu.

 

Piagam Pelanggan

i) Farmasi Logistik

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan: 

  1. Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
  2. Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 5 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik

ii) Farmasi Pesakit Luar

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.

iii) Farmasi Pesakit Dalam

Kami berjanji dan komited untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan memastikan pembekalan ubat ke wad atau unit bagi preskripsi  atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3 jam semasa waktu pejabat.

 

Hari Masa Beroperasi Lokasi
Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang **Farmasi Pesakit Luar
Farmasi Pesakit Dalam
Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am 10.00 pagi - 4.00 petang Farmasi Pesakit Dalam

** Farmasi juga beroperasi pada waktu rehat (1.00 Petang - 2.00 Petang)

Hari Masa Beroperasi Lokasi
Isnin – Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang     Farmasi Pesakit Luar
Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am Tutup

Perlaksanaan Perkhidmatan Kaunter Farmasi Pesakit Dalam Selepas Waktu Pejabat (Bermula 28 Mac 2025)

Hari

Masa Beroperasi

Lokasi

Isnin - Jumaat

5.00 petang – 9.00 malam        

Farmasi Pesakit Dalam

Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am        

Tutup