Image
Image
Image

UNIT BEKALAN BAHAN STERIL

Pengenalan

Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) Hospital Kuala Penyu merupakan nadi utama hospital yang penting bagi membekalkan bahan steril untuk hospital.

Skop Perkhidmatan

Membekalkan peralatan dan linen yang steril dan selamat untuk digunakan oleh pesakit dan anggota wad atau unit di Hospital Kuala Penyu

Objektif Unit

Menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan dengan melaksanakan prinsip sterilisasi bagi tujuan mengawal infeksi di Hospital Kuala Penyu.

Visi Unit

Berlandaskan budaya korporat dan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berteknologi tinggi, unit bekalan steril menjadi pusat utama dalam menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilisasi peralatan perubatan kepada semua unit/wad di Hospital Kuala Penyu.

Misi Unit

Menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan melakukan prosedur dengan lebih kompeten dan selamat ke arah memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah bertanggungjawab menjadikan semua peralatan dan barang-barang steril dan selamat kepada unit / wad, klinik-klinik kesihatan untuk pencegahan dan pengawalan jangkitan.

Kewajipan Pelanggan

Bagi membolehkan bahagian ini melaksanakan piagam pelanggan dengan cepat berkesan menjadi kewajipan pelanggan untuk :-

  • Menyediakan borang pesanan mengikut ‘ Shelf Level’ yang ditetapkan.
  • Menyediakan ‘Instrument’ terpakai ke dalam bekas bertutup untuk mengurangkan ‘nosocomial Infection’ bagi memudahkan anggota CSSU memeriksa dan mengira jumlah peralatan yang telah diguna.
  • Mematuhi semua arahan dan peraturan yang tersedia serta perubahan-perubahan dari masa ke semasa.