Image
Image
Image

UNIT FISIOTERAPI

Pengenalan

Unit Fisioterapi Hospital Kuala Penyu adalah merupakan sebuah unit dalam bahagian Sokongan Klinikal dan telah mula beroperasi sejak bulan Mac 2006

Skop Perkhidmatan Unit Fisioterapi

Rawatan Unit Fisioterapi

  • Terapi Senaman
  • Rawatan Elektroterapi
  • Rawatan Terapi Lilin
  • Rawatan Respiratori

Unit Fisioterapi HKP memberikan rawatan di:-

  • Wad (Pesakit Dalam) Pesakit dalam wad yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan
  • Unit (Pesakit Luar) Pesakit Luar yang dirujuk dari Jabatan Pesakit Luar, Klinik-klinik / hospital-hospital lain kerajaan atau swasta.

Objektif Unit Fisioterapi

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui perawatan yang berkesan bagi meningkatkan kualiti kehidupan harian seterusnya mencapai tahap kesihatan maksimum.

Visi Unit Fisioterapi

Memberi perkhidmatan pemulihan anggota dan pendidikan dari segi pencegahan untuk mengelakkan komplikasi sekunder.

Misi Unit Fisioterapi

Ke arah mencapai rawatan rehabilitasi yang berkualiti dengan mengintegrasikan nilai-nilai korporat dalam perkhidmatan.

Piagam Pelanggan Unit Fisioterapi

  • Setiap pesakit akan dilayan dengan senyuman, mesra dan prihatin
  • Pendaftaran pesakit dilakukan sebaik saja kad temujanji diserahkan kepada petugas di kaunter
  • Pesakit akan dipanggil untuk menjalani rawatan setelah giliran mereka sampai atau kurang daripada tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
  • Rawatan Fisioterapi mengambil masa dari 25 hingga 60 minit bergantung kepada kondisi dan kaedah rawatan yang diberikan.