Image
Image
Image

UNIT KEJURURAWATAN

Pengenalan

Unit Kejururawatan merupakan unit yang bertanggungjawab kepada penyeliaan dan pemantauan semua aktiviti perkhidmatan melibatkan Kejururawatan di Hospital Kuala Penyu

Skop Perkhidmatan

  • Sentiasa siap bersedia 24 jam untuk berkhidmat semasa kecemasan, bencana alam, malapetaka dan sebagainya.
  • Membantu dan mengambil bahagian didalam perancangan pembangunan/pengubahsuaian terutama didalam merancang keperluan anggota kejururawatan.
  • Merancang, menganjur dan mengelolakan program pendidikan kejururawatan dan latihan yang berkaitan dengan kerjasama unit latihan hospital.
  • Membuat penempatan anggota kejururawatan yang baru bertukar masuk ke hospital ini.
  • Memberitahu/memberi keterangan kepada semua anggota kejururawatan tentang kemajuan dan perubahan dibidang kejururawatan dari masa ke semasa.
  • Kemukakan permohonan perjawatan tambahan/baru bagi anggota kejururawatan kepada Penyelia Jururawat Negeri setahun sekali.
  • Menentukan anggota kejururawatan adalah mencukupi berpandukan jadual tugas mingguan anggota jururawat dari setiap wad/unit.
  • Memberi nasihat/bimbingan dan batuan kepada pentadbiran hospital di dalam apa-apa perkara berkaitan dengan bidang kejururawatan dan perawatan pesakit.
  • Menentukan anggota kejururawatan yang berkelulusan dibidang tertentu ditempatkan/digunakan di unit berkenaan.
  • Menentukan agar setiap anggota kejururawatan akan diberi peluang kerjaya yang bersesuaian melalui latihan atau latihan semula penempatan dan kenaikkan pangkat (yang layak)
  • Meningkatkan kebajikan anggota termasuk pelatih

Objektif Unit

  • Meningkatkan produktiviti dalam latihan dan perkhidmatan kejururawatan.
  • Menjana sumber-sumber baru dalam teknologi dan pengetahuan, service-intensive, ICT dan kepakaran kejururawatan.
  • Memperkukuhkan sistem pentadbiran kejururawatan.

Misi Unit

  • Memajukan profesyen kejururawatan ketahap nilai yang tinggi
  • Meningkatkan pengetahuan dan inovasi serta mendidik mentaliti kelas pertama
  • Mengurus isu kejururawatan secara konstuktif dan produktif
  • Menambahbaik dan mengekal piawaian kualiti perkhidmatan kejururawatan
  • Meningkat serta mengukuhkan mekanisme implementasi dan pemantauan perkhidmatan kejururawatan

Visi Unit

Bersama-sama menggembleng tenaga kearah kesihatan yang lebih baik melalui kecemerlangan profesionalisme kejururawatan

Piagam Pelanggan

  • Memberikan orientasi kepada anggota jururawat yang baru melaporkan diri di hospital ini
  • Memberi perkhidmatan secara professional dan mesra berdasarkan polisi KKM, JKNS dan Hospital Kuala Penyu
  • Sentiasa mengemaskinikan sebarang pembaharuan dalam perkhidmatan kejururawatan untuk memantapkan kualiti jururawat