UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN
Pengenalan
Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek mengatasi masalah psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah yang dihadapi.
Mula beroperasi di Hospital Kuala Penyu pada bulan Febuari 2006 dan dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat.Unit Kerja Sosial Perubatan atau UKSP dahulunya dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan. UKSP adalah berbeza dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM.
UKSP lebih menumpukan skop perkhidmatan dalam kalangan pesakit di Hospital. Antara perkhidmatan utama yang diberikan adalah bantuan praktik dan terapi sokongan.
Waktu Operasi
Isnin - Khamis
- 7.30 a.m. - 1.00 p.m
- 2.00 p.m. - 4.30 p.m
Jumaat
- 7.30 a.m. - 11.30 a.m
- 2.00 p.m. - 4.30 p.m
Lokasi
Di Unit Pengurusan Tingkat 1, Hospital Kuala Penyu
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Kuala Penyu adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit dan / atau waris.
Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan / atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan sebelum intervensi bantuan praktik dan intervensi terapi sokongan diberikan.
Proses intervensi kerja sosial perubatan memfokuskan kepada tiga proses utama iaitu kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti. 1.Terapi Sokongan / Kaunseling Intervensi bantuan terapi sokongan melibatkan:
- Khidmat perundingan
- Sokongan emosi
- Intervensi krisis meliputi kes keganasan rumah tangga ibu tanpa nikah penderaan dan pengabaian kanak-kanak jenayah seksual dan kes-kes lain yang berkaitan termasuk pesakit akut dan kronik.
Bantuan terapi sokongan diberi kepada:
- Pesakit warganegara Malaysia.
- Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.
- Bukan warganegara Malaysia yang melibatkan perundangan sosial dan kes bencana sahaja.
2. Bantuan Praktik Intervensi bantuan praktik melibatkan aspek:
- Bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am)
- Penempatan institusi
- Mengesan waris.
Bantuan praktik ini diberikan kepada pesakit akut dan kronik.
- Pesakit warganegara Malaysia.
- Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.
Agensi-agensi pemberi bantuan yang terlibat:
Objektif Unit
- Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
- Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
- Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
Misi Unit
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
Visi Unit
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
- Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
- Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon.












