UNIT PATOLOGI DAN TABANG DARAH
Pengenalan Unit
Unit Patologi dan Tabung Darah merupakan antara nadi utama Hospital Kuala Penyu. Peranan utama Unit Patologi adalah menganalisa atau membuat ujian dari contoh darah, serum, urin dan apa jua jenis bendalir badan dari seseorang pesakit.
Unit ini dilengkapi dengan palbagai mesin yang terkini dan berteknologi tinggi dalam membuat ujian atau menganalisa semua contoh darah yang diterima. Semua ujian yang dilakukan adalah mengikut prosedur yang mempunyai kawalan kualiti kerja (Quality Control) . Manakala untuk Unit Tabung Darah ia berfungsi membekal darah yang selamat kepada pesakit.
Semua Juruteknologi Makmal Perubatan yang berkhidmat di Unit Patologi adalah terlatih dan memiliki Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan yang diiktraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
- Unit Patologi menganalisa semua contoh darah pesakit yang diterima .
- Membantu pegawai perubatan merawat pesakit melalui keputusan ujian yang tepat .
- Membekal darah yang selamat kepada pesakit yang memarlukan darah.
- Haematologi
- Biokimia
- Mikrobiologi dan Klinikal
- Serologi
- Tranfusi Darah
1. Seksyen Haematologi FBC (Full Blood Count ) , PBF ( Peripheral Blood Film ) PT,PTT,INR,RETIC.G6PD,ESR,BT,CT Seminal Analysis
2. Biochemistry Sodium (NA), Pottasium (K ), Chloride (CL), Bun ( Blood Urea Nitrogen ), Blood Sugar ( RBS,FBS ), Creatinine, Uric Acid,Renal Profile ( RFT ), Cardiac Enzyme (LDH,CK,AST ) Serum Bilirubin ( Total,Direct), ALP,ALT,LFT,Amylase,Protein,Albumin MOGTT,TG,CHOL, Magnesium, Phostate, Calcium, Urine Drug Test
3. Mikrobiologi Dan Klinikal BSMP (Blood Smear Maparia Parasit), UPT(Urine Pregnancy Test), Gram Stain , Giemsa Stain ,Ziehl Nelson Stain ,Wet Swab Direct Smear ,Blood Smear For Filariasis,Skin Scrapping For Leprosy Stool Feme,Stool Ocult Blood,Urine Feme
4. Serologi
- Dengue Serologi, Dengue NS1
- Leptospirosis Test
5. Transfusi Darah
- Membekal Darah Yang Selamat Kepada Pesakit Kekurangan Darah .
- Membuat Ujian Keserasian Darah Pesakit Dan Penderma Darah .
- Membuat Abo Grouping Pesakit Dan Penderma .
- Membuat Program Kempen Derma Darah .
- Membuat Comb's Test.
6. Lain-Lain Ujian Mana-mana ujian yang tidak tersenarai dalam laman ini adalah ujian yang di hantar ke Makmal Pusat Rujukan Kota Kinabalu .
Objektif Unit
- Kecekapan dalam pengurusan perkhidmatan dan pengendalian ujian makmal .
- Kecepatan dalam pengeluaran keputusan ujian makmal .
- Ketepatan dalam semua keputusan ujian yang dikeluarkan .
- Tidak ada kesilapan berlaku “Zero defect” dalam Tranfusi Darah .
Misi Unit
Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem pengurusan berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.
Visi Unit
Unit Patologi merupakan perkhidmatan yang cemerlang kerana menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dan canggih dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta professionalisma demi memberi rawatan yang berkualiti kepada pesakit . Mewujudkan satu system perkhidmatan rekod perubatan dan maklumat pesakit yang lebih berkualiti serta sistematik melalui perkhidmatan yang efisyen, cemerlang dan memenuhi kehendak pelanggan
Piagam Pelanggan
Setiap Pelangan akan di layan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan, jujur dan ikhlas. Darah akan di ambil untuk ujian dalam 30 Minit selepas penerimaan borang ujian. Keputusan akan disediakan dalam masa :-
| BIL | UJIAN | MASA |
|---|---|---|
| 1 | FBC (Tidak Termasuk ESR ) | 60 Minit |
| 2 | Haemoglobin | 30 Minit |
| 3 | Urine For Full Examination | 30 Minit |
| 4 | Urine Pregnancy | 30 Minit |
| 5 | Serum Bilirubin Peads | 60 Minit |
| 6 | Random Blood Sugar | 30 Minit |
| 7 | PT | 60 Minit |
| 8 | APTT | 60 Minit |
| 9 | Blood Urea Nitrogen And Electrolyte | 60 Minit |
| 10 | Blood Smear For Malaria | 60 Minit |
| 11 | Gram Stain And Wet Mount | 60 Minit |
| Hari | Masa Operasi |
|---|---|
| Isnin – Khamis | 8.00 Pagi - 1:00 petang 2:00 petang - 5.00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi - 11.30. tengah hari 2.00 petang - 5.00 petang |
| Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am | Untuk wad dan unit kecemasan sahaja Beroperasi 24 Jam untuk kes kecemasan sahaja |
| Hari | Masa Menderma Darah |
| Isnin – Khamis | 8.00 pagi - 1.00 petang 2:00 petang – 5:00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi – 11.30 pagi 2.00 petang – 5.00 petang Beroperasi 24 Jam untuk kes kecemasan sahaja |
- Hanya seorang Juruteknologi Makmal Perubatan yang bertugas mengikut Jadual tugas atas Panggilan dan melakukan semua ujian di setiap seksyen selepas waktu pejabat, cuti am dan cuti hujung minggu .
- Juruteknologi Makmal Perubatan bersedia setiap masa untuk melakukan ujian kecemasan atau ”urgent test” mengikut Jadual tugas atas panggilan .
- Juruteknologi Makmal Perubatan akan menyerahkan beg darah dari Unit Tranfusi Darah kepada Jururawat yang mengambil darah apabila diperlukan .


