UNIT RADIOLOGI
Pengenalan
Pada 8 November 1895, Wilhem Konrad Roentgen berbangasa Jerman telah menemui suatu cahaya yang tidak kelihatan berupaya menembusi berbagai jenis tisu badan manusia. Beliau menamakan cahaya tersebut X-RAY Imej yang terhasil dirakamkan ke filem fotografi yang dipanggil Radiograf.
Perubatan radiografi yang kini dikenali dengan nama “ Pengimejan Diagnostik” adalah satu alat diagnostik membantu para doktor untuk memastikan suatu penyakit atau kecederaan secara positif.
Skop Perkhidmatan Pemeriksaan Yang Dijalankan Di Unit Radiologi, Hospital Kuala Penyu
1. Pemeriksaan Radiografi Am :
- Kepala
- Ekstrimiti Atas ( Sendi Bahu – Jari Tangan )
- Ekstrimiti Bawah ( Sendi Pinggul – Jari Kaki )
- Dada
- Abdomen / KUB
- Tulang Pinggul
- Tulang-Tulang Vertebra ( Servikel,Torasik,Lumbar,Sakral,Koksik )
2. Pemeriksaan Khas IVU (Intra Venous Radiography)
Pemeriksaan X-ray ini menggunakan kontras media yang disuntik melalui salur darah untuk melihat fungsi saluran kencing pesakit. Sebelum pemeriksaan dilakukan pesakit perlu berpuasa dan memakan ubat Dulcolax/Bisacodyl untuk membersihkan usus.
Pesakit yang mempunyai alahan / alergi kepada sebarang makanan atau ubat serta mempunyai asma perlu memakan ubat Prednisolone untuk mengelakkan reaksi kepada media kontras. Pemeriksaan selalunya mengambil masa setengah jam – sejam setengah bergantung kepada keadaan pesakit.
3. Pemeriksaan X-ray Bergerak / Mudah Alih (Portable )
- Pemeriksaan Portable akan dilaksanakan di Wad / Dewan Bersalin / Unit Kecemasan jika pesakit terlalu tenat untuk datang ku Unit Pengimejan Diagnostik.
4. Pemeriksaan Semasa On-Call
- Tugas atas panggilan @ On call akan bermula semasa rehat dan selepas waktu berkerja dan juga pada hari cuti. ( 24 Jam ) On call diadakan kerana berlaku kemungkinan kes-kes Urgent yang memerlukan pemeriksaan X-Ray dengan segera. Contohnya Kes kemalangan
Objektif Unit
Memberi perkhidmatan x-ray kepada pesakit secara profesional dengan menghasilkan imej radiograf yang berkualiti, tepat dan mudah dianalisa Misi Unit Perkhidmatan Radiologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka kepada keperluan pelanggan berteraskan kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisme.
Visi Unit
Menyediakan perkhidmatan pengimejan yang berdiagnostik tinggi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.
Piagam Pelanggan
Memberi perkhidmatan x-ray kepada pesakit secara profesional dengan menghasilkan imej radiograf yang berkualiti serta mengambil kira perlindungan radiasi dan privasi pesakit.
| Hari | Masa Perkhidmatan |
| Isnin – Khamis | 08. 00 am - 1.00 pm 02.00 pm - 05.00 pm |
| Jumaat | 08.00 am - 11.30 am 02.00 pm - 05.00 pm |
| Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am | Tugas Atas Panggilan ( On- Call ) 24 Jam |


