UNIT REKOD PERUBATAN
Pengenalan Unit
Unit Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan rekod perubatan pesakit, pengurusan permohonan laporan perubatan, laporan bedah siasat, pengurusan statistik dan informasi serta aspek-aspek yang berkaitan dengan maklumat pesakit di hospital.
Skop Perkhidmatan
- Mengendalikan urusan pentadbiran, penyimpanan, pengeluaran, kompilasi(penyusunan/himpunan) dan penyimpanan rekod perubatan pesakit
- Memproses permohonan dan pengeluaran laporan-laporan
- Kompilasi laporan-laporan statistik dan operasi sistem perngurusan perawatan perubatan
- Pelupusan rekod-rekod perubatan bersesuaian dengan peraturan dan garispanduan sedia ada
Objektif
- Mencapai lebih 90% penyediaan laporan perubatan yang disediakan dalam tempoh dua(2) minggu
- Mencapai lebih 95% penghantaran rekod perubatan ke Unit Rekod Perubatan dalam tempoh 72jam selepas discaj
Visi
Ke Arah menjadikan pusat maklumat dan dokumentasi yang berkualiti
Misi
Memastikan perkhidmatan menepati kehendak pelanggan
Piagam Pelanggan Unit
Setiap Pelanggan
- Akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopansantun, jujur dan ikhlas
- Akan diberi jaminan bahawa rekod perubatan dan segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan, disimpan dengan selamat dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.
- Boleh mendapatkan laporan perubatan biasa dalam dua minggu selepas pembayaran dibuat mengikut Akta Fee yang ditetapkan. Setiap laporan perubatan yang melibatkan kes Medico-Legal juga boleh diperolehi dalam tempoh 14 hari masa bekerja.
Kewajipan Pelanggan
- Menyediakan Dokumen yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan laporan perubatan
- Tiada tunggakan bayaran hospital bagi pesakit dalam
Masa Penghantaran Banci Harian
8.00am Hingga 9.00am (Untuk Pemantauan Rekod Perubatan Pesakit Yang Discaj)
Masa Penghantaran Rekod Perubatan Persakit Dalam dan Filem X-Ray
10.00am Hingga 4.00pm (Kecuali Pesakit ada temujanji di Unit Pesakit Luar pada hari tersebut)


