Image
Image
Image

UNIT SAJIAN

Pengenalan

Unit Sajian Hospital Kuala Penyu merupakan salah satu unit dalam Bahagian Sokongan Klinikal Hospital yang bertanggungjawab dalam menyediakan diet kepada pesakit dan Pegawai Perubatan Atas Panggilan di Hospital. Unit Sajian Hospital Kuala Penyu terletak di antara Unit Forensik dan Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu Antara Pengiktirafan untuk unit Sajian Hospital Kuala Penyu adalah seperti berikut


 Bess  HACCP  Mesti GMP 
 
 

Skop Perkhidmatan

Pengurusan Katering

  • Pesanan diet pesakit dalam
  • Penerimaan bahan mentah
  • Pemeriksaan bahan mentah
  • Penyediaan makanan untuk pesakit dalam dan doktor atas panggilan
  • Penjadualan kupon anggota bertugas malam

Objektif Unit

  • Membekalkan kualiti makanan yang berkhasiat mengikut jenis pesakit kepada pesakit dalam.
  • Melaksanakan penggunaan secara maksimum Manual Diet yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Visi Unit

Memberi perkhidmatan sajian dan makanan yang efisyen ,sistematik,berkualiti melalui pemakanana seimbang kepada pesakit dalam untuk meningkatkan mutu kesihatan dan pemulihan pesakit secara keseluruhannya

Misi Unit

Menyediakan makanan seimbang dan halal kepada pesakit khusus untuk membantu penyembuhan awal dari penyakit biasa dan juga yang berkaitan dengan makanan.

Piagam Pelanggan

Komitmen Unit Sajian:

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra berrtimbang rasa ,hormat dan bersopan santun jujur serta ikhlas makanan pesakit akan di sediakan 30 minit sebelum diedarkan kepada pesakit
  • Semua makanan yang disediakan adalah mengikut sistem menu yang sistematik, bermutu, bersih, segar , mencukupi dan halal

Penyajian Makanan Masa Penyiapan
Sarapan Pagi 7.30 pagi
Makan Tengahari 11.30 tengah hari
Minum Petang 2.30 Petang
Makan Malam 5.30 Petang

Waktu bertugas unit Sajian adalah dari 6.30 pagi hingga 6.00 petang. Terdapat 3 shift

Jenis Shift Masa Bekerja
Shift pagi 6.30am - 1.30pm
Shift Petang 11.00am - 6.00 pm
Waktu Pejabat 8.00am - 5.00pm
Split Shift 9.00am - 6.00pm
Split Shift 6.30am -3.30pm
Aduan Sebarang aduan mengenai makanan pesakit boleh dikemukan kepada Penolong Pegawai Penyediaan Makanan ataupun Pengarah Hospital Cadangan Sebarang cadangan untuk memperbaiki prestasi perkhidmatan makanan boleh dimajukan kepada Penolong Pegawai Penyediaan Makanan ataupun Pengarah Hospital Pemantauan kantin hospital Pemeriksaan dan pemantauan akan dilakukan secara berterusan dikantin hospital untuk memastikan kebersihan dan kualiti makanan memuaskankan
Polisi Unit Sajian Penentuan Kualiti Dalam Perkhidmatan Makanan Perkara yang dititikberatkan dalam perkhidmatan makanan adalah
  • Pembantu Penyediaan Makanan berpakaian seragam yang lengkap dan mengamalkan kebersihan diri
  • Makanan diterima dari pembekal adalah mematuhi spesifikasi dalam kontrak
  • Makanan diterima dari pembekal adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985
  • Makanan disimpan dalam suhu yang sesuai
  • Makanan dalam simpan kering adalah bersih dan tidak luput
  • Potongan atau saiz makanan mengikut skala porsi yang ditetapkan
  • Makanan disediakan mengikut cara penyediaan dalam resipi piawai
  • Makanan tidak mengandungi benda asing
  • Sampel makanan diambil untuk tujuan mikrobiologi
  • Hasil ujirasa adalah memuaskan sebelum makanan dihidangkan
  • Diet dihidang mengikut jenis dan bilangan pesanan dari wad
  • Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, kelas dua, kelas tiga atau diet kanak-kanak.
  • Pegawai perubatan akan menentukan diet normal atau diet terapeutik
  • Ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak (Mother Accompanying Child - MAC) akan dibekalkan diet kelas ketiga
  • Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga 6 bulan
  • untuk bagi mereka yang kurang mampu
  • Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan di hospital akan dibekalkan diet kelas satu.
  • Bekalan Formula Enteral : Pesakit dalam yang memerlukan tube feeding akan dibekalkan formula enteral setelah dirujuk oleh Pegawai Perubatan