Image
Image
Image

JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

Pengenalan

Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Penyu menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan dan trauma. Ia beroperasi 24 jam setiap hari, tujuh hari seminggu.

Skop Perkhidmatan

1. Menyaring (triage), mendaftar, memerikasa dan mengendalikan semua kes kritikal dan separa kritikal
2. Menyediakan dan mengendalikan perkhidmatan ambulans dan kenderaan:

  • Panggilan kecemasan
  • Menghantar kes-kes yang dirujuk ke hospital lain.
  • Mengendalikan dan penghantaran mayat.
  • Mengendalikan urusan rasmi pengangkutan pegawai dan anggota.
  • Mengendalikan perkhidmatan forensik.

3. Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam 24 jam di hospital.

Objektif Unit

  • Mengendalikan kes kecemasan dan memberi rawatan kecemasan secara profesional kepada semua pesakit.
  • Menyediakan kakitangan yang mahir dan cekap dalam mengendalikan kes kes kecemasan
  • Menyediakan tempat-tempat yang selesa kepada pesakit dan ahli keluarga ketika mendapatkan rawatan.

Misi Unit
Mewujudkan dan mengekalkan kualiti perkhidmatan rawatan kecemasan dan kecermelangan secara profesional,berkesan,mesra serta persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

Visi Unit
Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Penyu berwawasan untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta berkomitmen dalam pengendalian rawatan kecemasan yang berkualiti

Piagam Pelanggan
1. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan secara professional mengikut kecederaan-kecederaan yang di alami.
2. Setiap anggota akan berada dalam keadaan siap sedia untuk menerima kedatangan pesakit.
3. Setiap pelanggan akan disaring (triage) bagi menentukan keterukan kes yang dialami mengikut zon iaitu :-

  • Zone merah - Serta merta (0-5 minit)
  • Zone kuning - Separa kritikal (0-30 minit)
  • Zone hijau - Kes-kes biasa (0-100 minit)

4. Pendidikan kesihatan