Info Terkini
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Hospital Keningau.
Seperti mana semua sedia maklum, terdapat peningkatan mendadak jangkitan Covid 19 dalam kalangan petugas kesihatan.
Jangkitan tersebut adalah daripada jangkitan komuniti, kontak rapat keluarga dan juga jangkitan kontak rapat rakan sekerja.
Namun demikian jangkitan kontak rapat sekerja dapat dielakkan sekiranya anggota kesihatan mematuhi pemakaian PPE dan SOP yang sedia ada.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota kesihatan untuk mengisi saringan kesihatan ecovid health check setiap hari sebelum datang bertugas bagi tujuan pemantauan oleh pihak OSH secara maya.
Anggota kesihatan juga boleh terus melaporkan status saringan kesihatan mereka kepada pihak OSH melalui nombor yang tertera sekiranya merasakan diri bergejala/menjadi kontak rapat keluarga dan merbahaya kepada rakan sekerja yang lain.
Kegagalan dalam melaporkan status kesihatan diri akan menggagalkan usaha pembendungan jangkitan covid 19 dalam kalangan anggota kesihatan Hospital Keningau.
Sikap tidak endah dalam melaporkan status kesihatan diri akan membahayakan anggota kesihatan lain yg mungkin berisiko tinggi atau yg mempunyai ahli keluarga yg berisiko tinggi.
Sekiranya terdapat anggota kesihatan yg bergejala dan telah dinasihatkan untuk melaporkan kepada OSH tapi mereka tetap enggan. Mana2 anggota boleh terus melaporkan kepada kami bagi tindakan saringan selanjutnya.
Kita kena belajar untuk hidup dengan Covid 19, tapi bukan bermaksud untuk membiarkan diri kita dijangkiti dengan sengaja dan menjangkiti orang di sekeliling kita. Sama - sama jaga diri.
Terima Kasih.
DR Afizah
OSH HKGU
test
Pautan Intranet Hospital Klusters
Persijilan
-
Hospital Keningau,
Peti Surat 11,
Jalan Apin-Apin,
89000 Keningau,
Sabah
-
087 - 313 000
-
087 - 331 595
-
pengarah.keningau@moh.gov.my
Statistik Pengunjung
Dasar Privasi I Dasar Keselamatan
PENAFIAN : Hospital Keningau tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
Hakcipta Terpelihara @ 2021- Hospital Keningau | Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas / Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768