DR. MOHD. SUFFIAN BIN LAUPA PENGARAH BARU HKP
KUALA PENYU: Dr. Mohd. Suffian Bin Laupa secara rasminya telah ditempatkan sebagai Pengarah Hospital Kuala Penyu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkuatkuasa 1 Februari 2021 yang lalu. Dr Suffian telah memangku jawatan Pengarah Hospital Kuala Penyu dari 24 Julai 2019.
Warga Hospital Kuala Penyu menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Suffian atas pelantikan sebagai Pengarah Hospital Kuala Penyu dan mengalu-alukan pelantikan beliau secara rasmi bagi menerajui Hospital Kuala Penyu ke arah kecermelangan.
Warga Hospital Kuala Penyu juga mengucapkan penghargaan dan Selamat Maju Jaya kepada mantan Pengarah, Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad atas jasa beliau selama berada di Hospital Kuala Penyu. Dr Sabariah telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menerajui Hospital Tangkak, Johor sebagai Pengarah Hospital.
Semoga pelantikan Dr Suffian akan terus memacu kecemerlangan Hospital Kuala Penyu sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan utama di Daerah Kuala Penyu.


