Image
Image
Image
Majlis Serah Tugas Pengarah Hospital Kuala Penyu

Majlis Serah Tugas Pengarah Hospital Kuala Penyu

KUALA PENYU -Pada 16 Jun 2023 yang lalu, Majlis Penyerahan tugas di antara Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr. Mohd Suffian Bin Laupa dan Dr. Nurul Adlina Binti Zainurin, Timbalan Pengarah Hospital Kuala Penyu telah berlangsung dengan rasminya di Bilik Mesyuarat Utama Hospital Kuala Penyu (HKP).
Sesi Penyerahan Tugas yang dilakukan secara ringkas ini telah disaksikan oleh Ketua-Ketua Unit, anggota-anggota HKP dan wakil Perkhidmatan Sokongan Hospital (HSS).
Seluruh warga Hospital Kuala Penyu merakamkan Selamat Maju Jaya dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengarah, Dr. Mohd Suffian Bin Laupa atas jasa beliau selama berada di Hospital Kuala Penyu dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada Timbalan Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr. Nurul Adlina Binti Zainurin.