LAPORAN PROGRAM SENAMROBIK MEGA SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025

Unit Rehabilitasi (Unit Fisioterapi dan Unit Terapi Cara Kerja) Hospital Kuala Penyu mengambil inisiatif bagi mempromosikan Gaya Hidup Sihat kepada warga kerja Hospital Kuala Penyu dan komuniti Daerah Kuala Penyu dengan menganjurkan Aktiviti Program Senamrobik Mega Sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Hospital Kuala Penyu. Aktiviti ini diselaraskan oleh Jawatankuasa Program seperti berikut.
|
Unit Fisioterapi |
Unit Terapi Cara Kerja |
|
Md Rais Ag Damit |
Alistca Brenda S. Suutin |
|
Muhd Faisal Akmal Osman |
Noor Hayati Abdul Talib |
|
Roslee Brahim |
Md Noh Ag Mahmud |
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi salah satu inisiatif menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat di kalangan masyarakat
Diharap melalui aktiviti seperti ini dapat membantu dalam mengurangkan risiko masalah kesihatan dan mengurangkan gejala aktiviti tidak sihat di kalangan penjawat awam dan orang awam.
Program dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh & Masa : 10 Oktober 2025 – Jam 3.30 petang
Tempat : Taman Teraputik, Hospital Kuala Penyu
Kehadiran : Semua anggota HKP dan warga Daerah Kuala Penyu


DISEDIAKAN OLEH:
MUHD FAISAL AKMAL OSMAN
(PENYELARAS PROGRAM)
DI SAHKAN OLEH :
MD RAIS AG DAMIT
(KETUA UNIT FISIOTERAPI HKP)


