Image
Image
Image
Minggu Farmasi 2022

Minggu Farmasi 2022

Jabatan Farmasi Hospital Kuala Penyu telah menganjurkan Minggu Farmasi 2022 pada 5 September 2022 hingga 9 September 2021 di Lobi Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Penyu. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh staf Jabatan Farmasi sepanjang minggu tersebut.

Objektif:

  • Memberi pendedahan kepada anggota professional kesihatan dan orang awam tentang keselamatan pengubatan.
  • Meningkatkan kesedaran orang awam dan anggota professional kesihatan supaya menggunakan antibiotik secara rational bagi mencegah kerintangan antibiotik.
  • Mempertingkatkan kesedaran tentang penyimpanan ubat yang betul.
  • Meningkatkan pengetahuan ubat-ubatan berdaftar dan tidak berdaftar dan cara mengguna Farmatag yang betul.
  • Meningkatkan kesedaran orang awam dalam penggunaan ubat secara berkualiti dan betul.



Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu:

  1. KEMPEN KENALI UBAT ANDA

Pameran  Kempen Kenali Ubat Anda

Tarikh   : 5/9/2022 (Isnin) dan 9/9/2022 (Jumaat)

Masa     : 9am – 12pm

Tempat  : Lobi Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu

 

Ceramah Kenali Ubat Anda: 5B 

Tarikh  : 5/9/202 (Isnin)

Masa    : 10am – 11am

Tempat : Lobi Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu

Penceramah: Cik Lim Jie Ying  

  1. KEMPEN KESELAMATAN PENGUBATAN

Pameran Keselamatan Pengubatan

Tarikh  : 7/9/2022 (Rabu) dan 8/9/2022 (Khamis)

Masa    : 9am – 11am

Tempat : Lobi Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu

 

Ceramah Keselamatan Pengubatan: Ubat OTC yang Dibawa Semasa Perjalanan Jauh

Tarikh  : 7/9/2022 (Rabu)

Masa    : 9am – 10am

Tempat : Lobi Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu

Penceramah: Cik Dayang Marwinna binti Omar

Kuiz Keselamatan Pengubatan

Tarikh  : 8/9/2022 (Khamis)

Masa    : 9am – 11am

Tempat : Lobi Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu

Pertandingan Sudut Medication Safety Piala KPF Hana Fariza

Tarikh  : 8/9/2022 (Khamis)

Masa    : 2.30 pm – 5pm

Tempat : Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Kanak-kanak, Dewan Bersalin, Dewan Bedah, Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Jabatan Pesakit Luar

Pertandingan Amazing Race

Tarikh  : 6/9/2022 (Selasa)

Masa    : 2.30 pm – 4pm

Tempat : Kawasan sekitar Hospital Kuala Penyu

  1. KEMPEN KESEDARAN ANTIBIOTIK

Pameran  Kesedaran Antibiotik

Tarikh   : 6/9/2022 (Selasa)

Masa     : 9am – 11am

Tempat  : Lobi  Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu

 

Ceramah Kesedaran Antibiotik: Kenali Antibiotik Anda

Tarikh  : 6/9/2022 (Selasa)

Masa    : 9am – 10am

Tempat : Lobi Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu

Penceramah: Cik Lim Li Vian  

  1. KAUNTER VALUE-ADDED SERVICE (VAS)

Tarikh  : 5/9/2022 (Isnin) hingga 9/9/2022 (Jumaat)

Masa    : 10am – 11am

Tempat : Lobi Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu



Laporan disediakan oleh,

WEE JIE LEI

PEGAWAI FARMASI UF 44