S1. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan rawatan di HQE?
J1. Untuk mendapatkan rawatan di HQE anda hendaklah terlebih dahulu mendaftar di Kaunter Pendaftaran Pesakit Luar yang terletak di pintu masuk Jabatan Kecemasan dan Trauma
S2. Perkhidmatan apakah yang ada di HQE?
J2. Secara keseluruhannya HQE menawarkan semua kepakaran perubatan
S3. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit/waris?
J3. Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di Hospital
S4. Apakah itu ubat berdaftar?
J4. Ubat berdaftar adalah ubat yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan penggunaan dan jualannya di Malaysia. Produk ini telah dianalisa dan diuji akan keberkesanan dan keselamatannya. Setiap ubat yang telah berdaftar akan diberi nombor pendaftaran dan mestilah dicetak pada labelnya. Nombor pendaftaran tersebut bermula dengan MAL. Sebagai contoh; MAL19976399X.
S5. Bagaimanakah mengenalpasti samada produk tersebut berdaftar atau tidak?
J5. Produk tersebut boleh diperiksa dengan melihat nombor pendaftaran pada label botol atau pek produk tersebut. Produk tersebut boleh dikenalpasti dengan huruf MAL dan diikuti dengan 8 angka dan diakhiri dengan huruf T/X/A/K. T – Ubat tradisional X – Ubat bukan racun A – Ubat terkawal yang mengadungi racun berjadual K - kosmetik [contoh MAL19991234T or MAL07021234X or NOT08023456]
S6. Apakah perbezaan ubat berjenama dengan ubat generik?
J6. Ubat berjenama dilindungi oleh hak paten untuk tempoh tertentu. Setelah tempoh paten ini tamat, syarikat pengeluar ubat lain boleh mengeluarkan ubat ini dengan harga yang lebih murah. Kandungan aktif ubat generik adalah sama dengan kandungan aktif ubat berjenama.
S7. Kenapa harga ubat generik lebih murah?
J7. Untuk menghasilkan sesuatu ubat baru memerlukan perbelanjaan yang sangat besar. Selama tempoh paten ubat tersebut, syarikat pengeluar akan cuba untuk mendapatkan pulangan modal yang mereka telah keluarkan. Ubat generik boleh dikeluarkan dengan lebih murah kerana syarikat pengeluar tidak membelanjakan wang untuk menghasilkan ubat tersebut.
S8. Dimana saya perlu simpan ubat-ubatan?
J8. Ubat-ubatan perlu disimpan ditempat sejuk yang tidak terdedah kepada matahari. Maklumat penyimpanan ada terdapat dalam risalah yang terdapat di dalam kotak ubat atau pada label ubat.
S9. Adakah ubat perlu diambil sebelum atau selepas makan?
J9. Setiap ubat berbeza cara makannya, samada sebelum atau selepas makan. Sila baca maklumat yang terdapat pada risalah maklumat ubat atau pada label ubat. Sekiranya memerlukan maklumat lebih lanjut, boleh bertanya dengan ahli farmasi.