Pengarah Hospital Queen Elizabeth
Dr. William Gotulis
Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke laman web rasmi Hospital Queen Elizabeth. Bagi pihak hospital, saya berharap maklumat mengenai hospital ini dapat disebarkan kepada para pengunjung. Saya mengalu-alukan maklumbalas daripada pengunjung mengenai laman ini ataupun mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di hospital ini. Maklumbalas anda boleh disalurkan melalui surat menyurat, webmaster atau Unit Perhubungan Awam HQE. Sila klik Hubungi Kami di ruang atas sebelah kanan laman ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua kepada laman ini dan seterusnya Hospital Queen Elizabeth.