UNIT PERKHIDMATAN SOKONGAN
PENGENALAN
Unit Perkhidmatan merupakan salah satu Unit di bawah Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan, Hospital Queen Elizabeth. Unit Perkhidmatan bertanggungjawab untuk mengendalikan semua urusan perkhidmatan pegawai di Hospital ini yang merangkumi semua aspek-aspek seperti pengesahan lantikan, pengesahan perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, kenaikkan pangkat, pelanjutan kontrak perkhidmatan (warganegara/ bukan warganegara), pergerakan/ pelarasan gaji, pembayaran elaun dan bayaran insentif, pengurusan cuti, urusan persaraan, perletakan jawatan, pengurusan perjawatan Hospital, pengurusan Pekerja Sambilan Harian dan lain-lain urusan perkhidmatan bagi semua kumpulan perkhidmatan (Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan I dan II).
PIAGAM PELANGGAN
LOKASI
Pejabat Unit Perkhidmatan terletak di alamat berikut:
Aras 4, Bangunan Klinik Pakar,
Bahagian Pengurusan,
Hospital Queen Elizabeth,
Kota Kinabalu, Sabah
OBJEKTIF
Unit Perkhidmatan diterajui oleh seorang Ketua Penolong Pengarah M48 yang merupakan pemantau utama Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia di Hospital Queen Elizabeth secara menyeluruh. Di bawah Ketua Penolong Pengarah M48, terdapat dua Penolong Pengarah M41/44 yang dipertanggungjawabkan secara spesifik terhadap kerja-kerja penyeliaan dan pemantauan terhadap perkembangan dan operasi di Unit Perkhidmatan yang mempunyai skop tugas tersendiri. Kedua-dua Penolong Pengarah ini akan dibantu oleh dua Pembantu Tadbir Kanan N26 serta seorang Ketua Pembantu Tadbir N22. Selain membantu pegawai atasan, kedua-dua Pegawai ini juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia seramai 22 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) di Unit Perkhidmatan.
PIAGAM PELANGGAN
- Memproses urusan pengesahan pelantikan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh lapor diri tertakluk kepada pendokumentasian lengkap;
- Memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dibuat dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan;
- Memastikan pendokumentasian ke atas urusan persaraan wajib dimulakan 3 tahun sebelum tarikh bersara wajib;
- Memastikan urusan pelanjutan perkhidmatan pegawai kontrak dilakukan 9 bulan lebih awal sebelum tarikh tamat kontrak;
- Memproses permohonan tanggung kerja yang diterima 30 hari dari tarikh kuatkuasa arahan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;
- Memastikan pendokumentasian ke atas perakuan taraf berpencen dimulakan tiga (3) bulan sebelum genap tiga (3) tahun perkhidmatan;
- Memastikan urusan tanggung kerja yang lengkap diproses dan dikemukakan ke JKNS dalam masa 5 hari dari tarikh permohonan diterima;
- Memastikan semua permohonan cuti (selain cuti rehat) yang diterima 30 hari sebelum tarikh cuti dipohon dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima;
- Memastikan permohonan tambang mengunjungi wilayah asal / tambang percuma yang lengkap diproses dalam masa 2 hari dari tarikh permohonan diterima;
- Memastikan permohonan lawatan ke luar negara diterima enam puluh hari (60) hari sebelum tarikh perjalanan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;
- Memastikan buku rekod perkhidmatan bagi pegawai / kakitangan yang bertukar keluar dihantar ke PTJ baru selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh kuatkuasa pertukaran;
- Memastikan buku perkhidmatan setiap anggota dikemaskini setiap bulan dan ditandatangani oleh pegawai; dan
- Memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan mesra pelanggan dan sentiasa sedia membantu.
Pejabat Unit Perkhidmatan terletak di alamat berikut:
Aras 4, Bangunan Klinik Pakar,
Bahagian Pengurusan,
Hospital Queen Elizabeth,
Kota Kinabalu, Sabah
OBJEKTIF
- Memastikan operasi harian Unit Perkhidmatan dilaksanakan berteraskan tatacara dan peraturan yang berkuatkuasa dan berpandukan kepada piagam pelanggan Unit Perkhidmatan; dan
- Memastikan dasar-dasar Kerajaan mengenai hal-ehwal perkhidmatan disampaikan kepada semua warga Hospital Queen Elizabeth.