Accessibility Tools

JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan perkhidmatan barisan hadapan dan perkhidmatan kritikal Hospital Queen Elizabeth. Berpindah dari bangunan lama ke tapak baru menara berkembar Hospital Queen Elizabeth pada 12 hb Mei 2014, ia terletak di aras bawah, di sebelah kanan antara bangunan klinik pakar dan menara utama Hospital Queen Elizabeth.

Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah satu domain khusus yang menawarkan rawatan klinikal untuk pelbagai masalah perubatan, penyakit atau kecederaan akut. Ini termasuk penyediaan penjagaan perubatan kritikal yang melibatkan komponen Pra hospital, triaj, resusitasi, intervensi, diagnostik dan stabilisasi untuk menyelamat nyawa.

Skop umum perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma meliputi penjagaan pra-hospital dan perkhidmatan klinikal kecemasan.

Jabatan Kecemasan dan Trauma memberikan penjagaan yang berfokus kepada pelanggan, holistik dan menyeluruh, menerap nilai-nilai budaya korporat; penyayang, kerja berpasukan dan professionalisme.

VISI

Menyediakan perkhidmatan yang cekap, cemerlang dan mesra pelanggan.

MISI

Menyedia penjagaan perubatan dan trauma dengan cepat bagi menyelamat nyawa dan mengelak komplikasi; yang menepati keperluan komuniti dan piawaian perubatan kecemasan.

PIAGAM PELANGGAN

“Komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti kepada semua pesakit”

Semua pesakit akan melalui proses saringan (triage), namun keutamaan akan diberikan kepada kes kritikal dan separa kritikal dengan masa menunggu seperti berikut:

  • Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat oleh Pegawai Perubatan dengan serta-merta.
  • Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa kurang 30 minit.
  • Kes-kes yang memerlukan rawatan kepakaran akan dirujuk kepada Pakar Kecemasan dan Pakar-Pakar dari jabatan yang berkaitan mengikut keperluan penyakit pesakit.
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan:

  • Mematuhi semua undang-undang, arahan dan peraturan berkaitan.
  • Bekerjasama kepada warga hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda
  • Bersedia memberi maklumbalas tentang perkhidmatan yang disediakan.
  • Mematuhi pelan rawatan yang diberi.
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

Perkhidmatan yang disediakan:

  1. Perkhidmatan Perubatan Klinikal dan Kecemasan Triaj (EMTS)
  2.  Perkhidmatan Pra Hospital dan Ambulans (PHCAS)
  3.  Perkhidmatan One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Observational
  4.  Perkhidmatan Emergency Critical Care dan Wilderness Medicine
  5.  Medical Emergency Operating Co-Ordination Centre (MEOCC)
  6.  Sabah Helicopter Emergency Medical Service (SHEMS)
  7.  Perkhidmatan Pengurusan Bencana
  8.  Perkhidmatan Pasukan Liputan Perlindungan Perubatan (MTS)
  9.  Pengurusan Aset, Toxicology dan Toxinology
  10. Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (MERS – Talian Kecemasan 999)
  11. Latihan dan Code Blue
  12. Pembangunan dan Kebajikan
  13. Kualiti dan Penyelidikan
  14. Kawalan Infeksi

Perkhidmatan Rawatan pesakit dibahagikan kepada 2 kategori termasuk pesakit COVID-19:

  1. Zon Separuh Kritikal (Zon Kuning)
  2. Zon Kritikal (Zon Merah)