JABATAN PERUBATAN REHABILITASI
PENGENALAN
Jabatan Perubatan Rehabilitasi terdiri daripada 3 unit iaitu, Unit Perubatan Rehabilitasi (UPR) , Unit Perubatan Pemulihan Carakerja dan Unit Perubatan Pemulihan Anggota. UPR menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan rehabilitasi kepada pesakit luar dan dalam. Ia juga menjadi tempat rujukan kepada seluruh hospital di negeri Sabah, Hospital Lawas dan Limbang , Sarawak serta Hospital Wilayah Persekutuan Labuan. Perkhidmatan pesakit dalam merangkumi pesakit dalam di Hospital Queen Elizabeth I dan II, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas dan Hospital Beaufort. Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi beroperasi di Aras 1, Bangunan Klinik Pakar, Hospital Queen Elizabeth.
SKOP PERKHIDMATAN
Memberikan perkhidmatan pemulihan fisioterapi yang berkualiti dan holistik melalui ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi yang terkini dengan penekanan profesionalisma dan pengamalan budaya korporat.
1. Perkhidmatan klinik pesakit luar
- General
- Spinal rehabilitasi
- Neurosurgery rehabilitasi
- Neuromedikal/Strok rehabilitasi
- Amputee dan musculoskeletal rehabilitasi
- Paediatrik rehabilitasi
2. Perkhidmatan pesakit dalam
- General
- Spinal rehabilitasi
- Neurosurgery rehabilitasi
- Neuromedikal/Strok rehabilitasi
- Amputee dan musculoskeletal rehabilitasi
- Paediatrik rehabilitasi
3. Program Kardiak Rehabilitasi
- Fasa 1 (pesakit dalam)
- Fasa 2 (pesakit luar)
4. Perkhidmatan lawatan pakar ke Hospital Beaufort/Hospital Likas
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar